PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 31 December 2014

WISHLIST 2015

Sedar tak sedar hari ini merupakan hari terakhir 2014. Esok 2015 bakal menjelma. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang 2014. Setiap kali menjelang tahun baru sudah tentu semua akan bercakap tentang azam masing-masing kan. Mama juga tidak terkecuali. Namun sebelum mebuat azam baru mama nak mengimbau kembali azam tahun 2014. Inilah antara  WISHLIST 2014

Syukur kebanyakkan nya tercapai.  Alhamdullilah mama dan en hubby dapat menjadi tetamuNYA pada musim haji 1435 H. Hajat untuk menyiapkan porch rumah selesai cuma pagar saja yang masih belum bertukar. Insyallah dalam seminggu dua ni siaplah . Dah tempah cuma tak sempat nak pasang lagilah.
Along, angah, syafiq dapat keputusan peperiksaan yang baik walaupun bukan yang terbaik. Syukur alhamdullilah. Hanya impian untuk kereta baru sejak 2013 belum terlaksana. Harapan mama nak beli dalam tahun ni juga belum tercapai. Masa 2013 tu mama dah pergi kedai kereta pun.... lepas tu tertangguh sebab masalah kesihatan mama kan.... tahun ini memang fokus nak  tunaikan rukun islam ke 5 dan rancangannya nak beli selepas balik haji. Sekali lagi masih belum diizinkan NYA. Kesihatan en hubby mama pula tidak mengizinkan. Insyallah tahun 2015 akan terlaksana.

Wishlist mama 2015....
Mama berdoa agar keluarga mama diberikan kesihatan yang baik, hidup harmoni aman damai, bertolak ansur antara keluarga. Anak-anak mama terus berjaya dalam pelajarannya. Along dapat duduk asrama semester depan ni, angah dapat masuk universiti di sekitar lembah klang dengan kursus yang memudahkan untuk dapat kerja nanti. Syafiq mendapat keputusan cemerlang dalam PT3. Mama dapat tunaikan impian mama yang tertangguh dari tahun 2013 tu. Mama juga ingin lagi ke Mekah bersama-sama suami dan anak-anak pada hujung tahun atau awal tahun akan datang. Semoga semua impian ini dipermudahkan olehNYA.



No comments:

Post a Comment