PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 11 December 2014

PENGALAMAN HAJI 2014: BHG 8 Tawaf dan Saie Haji

Setelah sampai ke hotel di Mekah, perkara pertama yang mama lakukan adalah mandi. Mandi puas-puas... kat Arafah dan Minna  mama tak mandi pun. Cuma lap badan je. Cuci rambut. Basuh semua baju-baju semasa 5 hari di sana. Lepas tu rehat jap. Kawan-kawan sebilik mama terus saja ke masjidilharam untuk buat rukun haji iaitu tawaf dan saie. Mama rasa macam tak larat je, sebab kurang tidur dan baru je balik melontar yang berjalan 6 km tu... jadi ingat nak buat esok kot. Namun en hubby mama berubah fikiran nak buat awal. Mulanya nak pergi lepas asar, tapi kami pergi sebelum asar dan solat asar di masjidilharam. Jalan kebiasaannya untuk ke masjidilharam banyak yang di tutup. Jemaah diarahkan untuk masuk ikut pintu King Aziz. Jemaah dari kawasan hotel mama memang jauh nak sampai pintu tu rasanya hampir 2 km nak jalan. Padatnya umat manusia masyallah. Alhamdullilah entah macam mana mama  dan en hubby sempat masuk ikut laluan ke bawah sebelum masuk ke pintu King Aziz tu. Mama dan en hubby solat sunat dulu, pas tak lama azan asar berkumandang. Terus solat asar dan selepas asar terus aje memulakan tawaf di dataran kaabah. Manusia memang ramai tetapi alhamdullilah urusan tawaf kami berdua dipermudahkan dan siap dalam tempoh 40 minit. Selepas itu kami terus melakukan saie. Kawasan saie juga sesak. Kami saie di tingkat dua . Alhamdullilah saie selesai dalam tempoh kurang 1 jam. Alllahuakbar selesaikan semua rukun haji kami. Selepas itu solat maghrib. Lepas maghrib mama balik hotel sebab dah terlalu letih.

padatnya semasa tawaf
jangan risu berdoalah insyallah ada ruang untuk kita tawaf di dataran ni..

sentiasa padat dengan umat manusia

lepas ni tawaf wada, city check in......


No comments:

Post a Comment