PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 9 December 2014

PENGALAMAN HAJI 2014: BHG 6

Selesai umrah wajib, terpulanglah kepada jemaah untuk melakukan pelbagai aktiviti semasa di mekah. Jemaah boleh melakukan umrah sunat dengan berniat di miqat seperti di Tanaim, Ja'ranaah atu Hudaibiah. Kebiasaannya yang terdekat adalah di Tanaim. Biasanya mama dan en hubby pergi dengan van beramai-ramai. Bayaran hanya 10 rial pergi dan balik ke Tanaim. 

Selain daripada itu, pihak Muassasah juga ada menyediakan lawatan semasa berada di Mekah ini. Mama dan en hubby join 3 kali lawatan dengan bayaran 25 rial seorang. Lawatan pertama adalah melawat sekitar Kota Mekah. Masa ini jemaah akan di bawa ke Mina, Mudzdalifah dan juga Arafah... tempat dimana jemaah akan melakukan rukun Haji dan juga wajib haji pada hari Masyair.

Lawatan kedua ialah melawat Ja;ranah, Jabal Nur, Jabal Suur, Jabal Rahmah. Lawatan ke 3 ke Masjid Hudaibiah dan Muzeum di Mekah. Lawatan mulai pukul 8.00 pagi dah kembali pada pukul 11.30 pagi untuk solat zohor di masjidil haram.

Masjid lama Hudaibiah Kanan Atas, Masjid baru Hudaibiah Kanan bawah dan juga telaga lama zam-zam


Alat untuk mencedok air zam-zam dari telaga

Model Kota Mekah apabila siap diperbesarkan di Muzeum Mekah
 
 
di luar muzeum Mekah

Aktiviti mama dan en hubby di Mekah



2.30 am bagun 
3.00 am bertolak ke masjidilharam
6.30 am sarapan pagi di kedai berdekatan menara jam
7.30 am tawaf sunat/ solat sunat/ baca alquran
 kalau mama tak balik hotel tunggu sampai zohor, lepas zohor balik untuk makan tengahari di hotel.
 pergi balik ke masjid jam 5.00 pm. Solat asar di hotel
 Kalau mama balik lepas tawaf sunat tu.... balik tidur jap, pukul 10.00 bagun ready gi masjid untuk zohor.
Lepas zohor balik.... datang balik untuk maghrib dan isya'.

Memandangkan hotel yang mama duduk ni jauh maka mama tak larat nak ulang alik selalu, tambahan cuaca yang panas terik. Mama kena jaga kesihatan mama juga sebab mama memang ada masalah untuk jalan jauh kan selepas pembedahan buang paru-paru kiri tahun lepas. 

Balik Isya makan malam, mandi, basuh baju, pas tu mengaji dan tidur dalam pukul 11 malam....
Jika mama dan en hubby pergi untuk umrah sunat, biasanya lepas subuh tu terus balik hotel dan sarapan di kafe hotel. En hubby tukar pakai ikhram dan naik van ke  Tanaim dalam jam 6.30 am dan balik ke Mekah untuk tawaf dan saie yang biasanya selesai dalam jam 10-10.30 pagi. Lepas tu mama  balik hotel rehat, makan tengahari, solat zohor dan ke Masjid semula untuk asar, maghrib, isya'.

Kalau mama tak penat mama tunggu zohor lepas umrah sunat tu, pas tu balik rehat,makan tengahari, tidur dan pergi semula ke masjid untuk maghrib dan isya'. Lebih kurang cam ni rutim mama tiap hari....sambung nanti ya


No comments:

Post a Comment