PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 10 February 2014

MRSM OH MRSM



Anak-anak yang bersekolah di MRSM adalah mereka yang dikatogerikan cerdik pandai kan. Ya lah nak masuk bukan mudah, berpuluh ribu yang mohon dan yang dapat hanya dalam 6 ribu lebih je. Kena temuduga dan duduk ujian lagi dengan syarat UPSR 5A.

Dah kebanayakan yang berselolah di sini adalah mereka yang berpendapatan tinggi, golongan berada. Ada juga yang golongan sederhana dan yang kurang mampu tapi bilangannya tidak ramai kot. Yang tidak mampu ini diberikan keistemewaan oleh MARA. Semua ditanggung oleh MARA. Diberikan biasiswa lagi. Tapi bilangannya boleh dikira dengan jari la.

Sebab apa mama kata ramai anak orang kaya yang masuk MRSM ni, sebab bila hari mendaftar tu, mak ooi banyaknya kereta mewah, merc, honda, camry, bmw, hilux.... ada juga lah proton, myvi.. Bila hujung minggu waktu melawat anak mak ooi berderet-deret kereta mewah ni, siap parking berbaris lagi kalau merc tu....

Mama pakai kereta lama je, yang sekarang ni kalau nak jual pun harganya hanya dalam RM 6-7 K je... lagi satu proton yang seusia anak sulung mama.... Apa pun syukur ianya dalam keadaan yang baik. Adatlah wear and tear tu, kereta lama  ada je lah yang dah sampai masa kena tukarkan.

Semalam hantar balik anak teruna mama ke asrama. Aduhai baru je sekolah sebulah  kot, balik tahun baru cina pada hujung bulan lepas sehingga semalam. Tuala, sandle, slipper dan juga pad lock hilang....termasuk juga bantal.... aduhai....tahun lepas sandal entah berapa pasang, slipper lagilah banyak, songkok pun hilang gak, baju sukan pun hilang, pad lock adalah dekat 4 kali... yang ni bukanlah kena curi, tapi anak mama yang hilangkan kuncinya...hu..hu

Tulah yang mama pelik, mereka ni cerdik pandai, tapi suka kebas barang orang. Masa sampai kat pintu masuk sekolah semalam, setiap ibu bapa menerima sepucuk surat dari pihak sekolah melalui jaga yang memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan pada 15 Februari 2014 bagi menangani isu vadalisme di MRSM, murid yang tidak solat subuh berjemaah dan murid-murid yang tidur lewat malam.

Peliklah mama kenapa isu ini nak di mesyuaratkan. Sekolah kan ada peraturan, laksanakan kan pemantauan.
Warden buatlah spot check selalu. Ni tak biarkan bebudak senoir tu buat sesuka hati aje. Roll call sepatutnya dalam pukul 11.30 malam selepas supper kan boleh... ni tak roll call dah pukul 12.30 malam.
Tulah yang lambat tidur.....

Buatlah aktiviti kesedaran sivik dah ceramah agama tiap minggu pada hari sabtu atau ahad. Ingatkan murid akan tingkah laku dan juga tanggungjawab...



No comments:

Post a Comment