Tuesday, 25 February 2014
CATUAN AIR DI SELANGOR
Semalam petang masa balik kerja dalam kereta dengar siaran berita di radio. Kerajaan Selangor akan mencatu bekalan air mulai esok iaitu hari ini. Katanya bekalan air akan dibahagikan kepada 2 zon, setiap zon akan menerima bekalan air setiap 2 hari...
Aduhai ....berat juga tu kan... dengan keadaan cuaca panas dan kering, kalau tidak ada air untuk 2 hari tu ermmm... terutamanya bagi keluarga yang besar, punya anak kecil, anak-anak yang bersekolah.... susah tu.
Banyak manalah kita ada bekas di rumah untuk menyimpan air kan. Semalam jiran-jiran berpusu-pusu ke kedai beli bekas untuk menyimpan air... sampai dah ta da stok dah kat kawasan mama ni..
Ini baru bebrapa minggu tak hujan, dulu kerajaan Selangor kata air mencukupi untuk semua. Tak perlu buat Empangan Langat 2... Air banyak, tasik dan sungai banyak... hu..hu.... air memang banyak tapi yang menjadi masalahnya air terawat yang bersih yang tidak akan mencukupi... entahlah tak fahama gak la mama dengan orang politikus ni....
Kalau bekalan air kat kawasan kita kebetulannya tidak ada pada Sabtu dan Ahad... kacau gak kan... masa tulah kita yang bekerja nak buat semua benda. Nak cuci baju, anak-anak nak basuh kasut sekolah... nak memasak, mengemas mop mengemop dan sebangainya... kalau tak da air ermmmm susah tu.
Mama sekarang ni tak ramai ok juga lah... baju kerja tak pe gak boleh kumpul.... tapi kalau ada anak kecik dan anak sekolah memang agak memeningkan...
Labels:
CELOTEH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment