PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 31 December 2014

WISHLIST 2015

Sedar tak sedar hari ini merupakan hari terakhir 2014. Esok 2015 bakal menjelma. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang 2014. Setiap kali menjelang tahun baru sudah tentu semua akan bercakap tentang azam masing-masing kan. Mama juga tidak terkecuali. Namun sebelum mebuat azam baru mama nak mengimbau kembali azam tahun 2014. Inilah antara  WISHLIST 2014

Syukur kebanyakkan nya tercapai.  Alhamdullilah mama dan en hubby dapat menjadi tetamuNYA pada musim haji 1435 H. Hajat untuk menyiapkan porch rumah selesai cuma pagar saja yang masih belum bertukar. Insyallah dalam seminggu dua ni siaplah . Dah tempah cuma tak sempat nak pasang lagilah.
Along, angah, syafiq dapat keputusan peperiksaan yang baik walaupun bukan yang terbaik. Syukur alhamdullilah. Hanya impian untuk kereta baru sejak 2013 belum terlaksana. Harapan mama nak beli dalam tahun ni juga belum tercapai. Masa 2013 tu mama dah pergi kedai kereta pun.... lepas tu tertangguh sebab masalah kesihatan mama kan.... tahun ini memang fokus nak  tunaikan rukun islam ke 5 dan rancangannya nak beli selepas balik haji. Sekali lagi masih belum diizinkan NYA. Kesihatan en hubby mama pula tidak mengizinkan. Insyallah tahun 2015 akan terlaksana.

Wishlist mama 2015....
Mama berdoa agar keluarga mama diberikan kesihatan yang baik, hidup harmoni aman damai, bertolak ansur antara keluarga. Anak-anak mama terus berjaya dalam pelajarannya. Along dapat duduk asrama semester depan ni, angah dapat masuk universiti di sekitar lembah klang dengan kursus yang memudahkan untuk dapat kerja nanti. Syafiq mendapat keputusan cemerlang dalam PT3. Mama dapat tunaikan impian mama yang tertangguh dari tahun 2013 tu. Mama juga ingin lagi ke Mekah bersama-sama suami dan anak-anak pada hujung tahun atau awal tahun akan datang. Semoga semua impian ini dipermudahkan olehNYA.



Monday, 15 December 2014

TRIGGER FINGGER: SIMPLE PROCEDURE END UP WITH COMPLICATION

Asslaamulaikum.... pagi ini mama nak cerita perkara yang menyakitkan hati mama dan yang telah menjadi mangsanya ialah en hubby mama. Memang mama tak puas hati betul. Ikutkan hati mama ni nak aje mama ambil tindakan mahkamah.... tapi tunggu dululah bagi settle semuanya dulu..
Alkisahnya begini
En hubby mama ada masalah trigger fingger, bahasa  mudahnya jari tangan tu bila dah bengkok susah atau tak boleh lurus kembali. Jari hantu sebelah kanan en hubby mama tu dah lama ada problem ni. Dah jumpa specialist ortho di hospital A, yang ada subspecialty hand lagi.... pakar cakap buat fisio kalau tak respond kena buat operation kecil untuk membebaskan tendon yang terperangkap tu. Memandangkan mama dan en hubby nak pergi haji so en hubby kata tunggu dulu lah operatoin tu. Fisioterapi macam tak ada kesan bagi jari kanan tu la. Kalau dah benggkok ia tak boleh lurus sendiri melainkan diluruskan...

Balik haji en hubby gi follow up ortho pad 4 Nov 2014. Tengahari tu mama dapat missed call from en hubby... call balik tak dapat. Pk 2 en hubby call semula.. dia bagi tau masa kat orho clinic tadi MO bg injection steroid...lepas tu dia ambik jarum dan cuba songket tendon tu....entah macam mana jarum tu terlepas dan luka kat tangan tu dan kena jahit.... ooo... mama tanya ok tak en hubby kata oklah tadi memang sakit...nal drive pun susah...no MC given to him

Petangnya dia ambik mama dengan tangan yang berbalut. Dia bagi tau mo tu suruh datang jumpa dia Jumaat 6 Nov tapi tak payah register kat klinik tu. Mama kata mana boleh tak register tapi en hubby kata mo tu kata datang terus jumpa dia kat klinik tu. Jumaat tu en hibby gi la ke ortho clinic tu... ermm mo tu tak da... tunggu lama lepas tu ken register pulak dah la tunggu lagi... pas tu mo tengok lebih kurang je dan balik...Hari Ahad pagi  8 Nov 2104 mama kena gi Alor Star dan balik petang Isnin. Samapi rumah mama tengok tangan en hubby bengkak dan ada nana dekat dengan benang jahitan tu... so mama pun bukalah jahit tu dan keluarkan nanah tu.... esoknya Selasa pagi mama call HOD ortho clinic tu bagi tau masalah en hubby dia kata nanti dia call balik bagi tau nak jumpa specilast mana sebab dia kat Shah Alam. Dia bag tau kena jumpa Mr H... so mama pun call en hubby minta pergi ortho clinic pukul 10.30 pagi. So mama punteman lah dia jumpa mr H tu. Lepas dia tengok Mr H kata starts antibiotik cloxacillin 1 g QID... review on friday 14 November 2014.
Mama lepas tu ters ke Seremban ada meeting sampai Rabu petang..
 Samapi rumah dalam pukul 4 petang tengok tangan en hubby lagi membengkak ajak gi jumpa ortho esoknya khamis tapi dia kata tak pa la tunggu Jumaat je la... dia boleh tahan.
Jumaat pagi jumpa orto , tak dapat jumpa specialist hanya jumpa Mo je... dia kata tak pe sambung antibiotik...aduhai lagi bengakak tak nak ke tukar antibiotik tu atau consult specialist dia...
At same time mama SMS Mr H kata en hubby kat kninik tapi tak da jawapan. Masa balik kerja dalam 5.30 petang Mr H call kata dia tak perasa SMS mama dia ada OT tadi. Mama bagi tau dia keadaan en hubby, dia minta whatssapp gambar tangan en hubby... oklah bila samapi rumah mama pun whatsapp gambar tangan en hubby tu... lepas maghrib dia call kata suruh datang hospital esok ada Mr M dan Mo tunggu kat sana KIV admission.

So Sabtu tu mam dan en hubby gi la ke hospital dan en hubby kenba masuk wad untuk injection antibiotik. Admitted on 15 Nov-21 November 2014. Completed IV antibiotik untuk 1 minggu. Semasa di wad nampak bengkak menyusut tapi pada hari Isnin tengahari tu nanah keluar dari bekas tempat jahit tu... masa tu pakar dah datang round paginya dia kata tak de apa-apa cuma sambung antibiotik. Bila nanah tu keluar en hubby call mama, mama minta dia snap foto dan inform nurse. Tengahari tu mama datang wad kebetulan mama dapat jumpa pakar tu Prof A pakar orhto dengan subspecialty hand. Mama pun bagi tau apa yang berlaku pada hubby mama tu. Malangnya perkara sebenar yang berlaku sebelum ini tidak diketahuinya. Tiada siapa yang memberitahunya. Ianya tidak didokumetasikan oleh doktor yang melakukan prosedure dan juga doktor yang  melihat en hubby di ortho klinik sebelum masuk wad.... nampaknya pihak yang berkenaan nak "cuci" tangan dan tidak mahu bertanggungjawab....Sebelah pertangnya Ultrasound hand dibuat setelah diarahkan oleh Prof A. Imabasan menunjukan tidak banyak collection and may be the collection is steroid collection.... so continue antibiotic up to 1 week. Discaj Jumaat 21 Nov 2014 dengan oral antibiotics dan review Selasa 23 .Nov 2014. Masa tu jumpa Prof A.... dia  kata continue antibiotic dan review Jumaat 23 Nov 2014. Keesokkan harinya keadaan tangan en hubby bertambah sakit dan bengkan pun bertambah.  Masa datang balik Jumaat tu Prof A kata nak ulang ultrasound dan temujanji Isnin pagi 11.30. Hari Selasa 2 Disember 2014 review kat klinik dan ready dengan beg pakaian utuk masuk wad dan buat operaation untuk keluarkan nanah hari Rabu 3 Disember 2014. Operation dilakukan pada hari berkenaan. En hubby kes pertama dan selesai hapir jam 12 tengahari dan balik ke wad jam 12.30 tengahari. Sehinnnga kini en hubby masih di wad... memang tidak berbaloi kan merana dah lebih sebulan, cuti tak dapat ke mana-mana. Nak makan bersama anak-anak pun tak dapat dan nak pergi kerja pun tidak boleh. Itulah yang berlaku simple procedure end ups with complication but MO yang buat tu selamba aje... tidak kisah pun sebab bukan tangan dia.... sedihnya.  Mama fikir nak ambil tindakan mahkamah bagi pengajaran kepada MO berkenaan jangan lepas tangan aje ya. En hubby mama pun rasa kesal dengan keputusan dia bersetuju dengan injection steroid tu... dugaan selepas kami balik Haji ...Allhauakbar moga hubby mama cepat sembuh... \
Ni mula-mula lepas 3 hari  nampak tak tempat jahitan tu dan lebam disekelilingnya

start merah di pangkal jari hantu tu
semakin membengkak

semakin membengkak sampai berkilat dan berdenyut-denyut
Okay la tak boleh letak banyak foto.... rasanya kalau jadi kat kalian apa tindakan yang diambil ya... saman doktor tu ke????



Friday, 12 December 2014

CITY CHECK IN dan TAWAF WADA

Alhamdullilah selesai sudah urusan haji. mudah-mudahan mama dan jemaah yang lain mendapat haji yang mabrur. Malam tu terasa lega dan mama nak rehat setelah keletihan bermula 8 Zul hijjah sehingga 12 Zulhijjah....
Mama nak tidur dan esoknya berkemas-kemas. Sebab hari Rabu pihak TH akan mengadakan CITY CHECK IN iaitu bagasi jemaah akan ditimbang beratnya di hotel masing-masing dan akan dihantar dengan kontena ke Jeddah Airport. Jemaah diingatkan bahawa semasa city check in bagasi akan ditimbang dan berat setiap bagasi jemaah semestinya 30 kilogram maksimum. Maksimum bagasi bagi setiap jemaah adalah 2 beg dengan jumlah berat tidak lebih 30 kilo. Sekiranya berat tersebut lebih 30 kilo jemaah akan diminta mengeluarkan barang dari bagasi masing-masing dan perlu dibawa balik ke tanah air dengan mengunakan perkhidmatan pos. Jmeaah boleh membawa beg hand luggage untuk naik bersama dalam pesawat selain dari beg sandang sedia ada tu. Tiada cukai yang akan dikenakan kerana setiap jemaah tidak boleh membawa bagasi lebih 30 kilo. Tiada ada juga bagasi yang dikumpulkan dalam kumpulan seperti suami 40 kilo isteri 20 kilo.... setiap jemaah berat bagasi individu. Ini merupakan tahun pertama pihak TH melakukan proses city check in bagi semua jemaah. Ianya akan memeudahkan urusan di imigration dan pergerakan ke airport Jeedah. Almdullilah beg besar mama dan en hubby kurang 30 kg...

bagasi yang telah ditimbang di angkut ke lobi

sebuah lori kontena yanag besar menanti di depan lobi

bagasi muali disusun dalam kontena ini
Petugas sedang menggangkat beg en hubby hi..hi
 Semua bagasi ini hanya akan diambil oleh jemaah di KLIA nanti. Selesai sudah city check in. Hari Khamis 8 Oktober 2014 nmerupakan hari terakhir mama berada di Mekah. Aduhai sedih dan sayu la hati ini untuk meninggalkan kota Mekah. Entah bila lah mama boleh datang lagi ke sana. Mama sentiasa berdoa agar mama, suami akan diberikan kesempatan untuk ke sini lagi bersama anak-anak mama. Insyalllah. Pihak TH meminta semua jemaah KT 01 untuk melakukan tawaf wada selepas asar jam 5.00 petang. Selepas tawaf wada jemaah diminta terus balik ke hotel untuk persiapan perjalanan ke airport Jeedah. Mama dan en hubby ke Masjidilharam sebelum asar dan solat asar di ruangan KIng Abdullah. Sayu betul hati memandang Kaabah yang akan ditinggalkan. Seleps solat asar, kira-kira jam 4.30 pm hujan turun di Kota Mekah dengan agak lebat. Subahallah. terasa amat sedih sekali waktu ini... hujan tidak lama hanya kurang 10 minit aje. Masyallah padatnya kawasan kaabah untuk menunaikan tawaf. Mama rasa antara semua tawaf yang mama lakukan tawaf wada ini merupakan yang paling mencabar. Tolakan manusia masayallah.Sepanjang perjalanan mama diberi dugaan untuk menyempurnakan tawaf wada ini. Tawaf yang palin sesak dan mengambil waktu yang paling panjang hampir sejam. Selesai aje tawaf azan maghrib berkumandang. Mama teruskan perjalanan keluar dari dataran kaabah menuju ke ruang King Abdullah dan kedengaran khatib telah iqamah. Mama dan en hubby terus solat maghrib dan sejurus salam terus meninggalkan masjidil haram.         Allahuakbar semoga segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah. Haji yang mabrur dan diberikan peluang untuk bertandang ke rumah allah lagi di masa akan datang.
Selepas ini perjalanan ke Jeddah dan kembali ke tanah air