Assalamualaikum.... dah nak penghujung 2013... sebut tahun baru tentunya dikaitkan dengan azam baru... mama pun nak lah semak kembali azam mama tahun ni setakat mana pencapaiannya meh tengok sini azam 2013 SINIIII
Setelah ditelilti mama hanya mampu merancang manakala Allah jua yang menentukan... banyak perkara yang berlaku di tahun 2013 yang tidak dijangkakan...
Namum beberapa perkara yang dihajatkan tercapai syukur alhamdullilah. Anak lelaki mama mendapat keputusan cemerlang UPSR 2012 dan dapat memasuki MRSM. Alhamdullilah. Anak sulong mama walaupun tidak dapat kepuutusan SPM yang cemerlang, mama tetap bersyukur dia dapat menyambung pengajian dalam bidang akauntasi. Syukur Alhamdullilah.
Tentang nak makan angin bersama keluarga... ermm tak tercapai... sebab mama tak sihat masuk IJN buat operation 2 kali.... namun mama tetap bersyukur keadaan kesihatan mama semakin pulih. Hajat nak beli kereta baru juga tidak terlaksana disebabkan keadaan kesihatan mama. Insyallah akan cuba di tunaikan tahun depan atau tahun lagi satu... ermm bergantung pada keadaan la.
Tahun 2014 mama tak banyak buat azam cuma berdoa agar mama dan keluarga diberikan kesihatan yamg baik, mama dan en hubby diterima menjadi tetamuNYA, anak-anak mama berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang, dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading , dapat kerja yang baik-baik. Angah dapat keputusan SPM cemerlang, Along dapat pointer yang baik dalam exam, Syafiq juga...
Mama juga harap mama dapat sempurnakan porch rumah.... yang ni projek tertangguh atas sebab-sebab tertentu.... alahai.
No comments:
Post a Comment