Assalamualaikum.... hari ini angah anak mama menduduki last paper SPM ...biology. Mama doakan angah dapat menjawab dengan tepat dan mencapai keputusan cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke menara gadig dan mendapat pekerjaan yang baik insyalllah.
Lepas tu merdekalan anak-anak yang ambik sains tulen.... yang lain mungkin ada 1 atau 2 kertas lagi sehingga 6 disember.
Lepas tu apa perancangan untuk anak-anak kita ya. Panjang masa tu sehingga keputusan keluar tahun depan pas tu mohon ke IPTA masuk mungkin jun 2014...
Mama dah plan beberapa perkara untuk angah antaranya: ambik lesen motorsikal dan kereta. Kedua mohon masuk Giat mara bagi kelas jahitan untuk tempoh 6 bulan... harap permohonan berjaya... sekarang ni nak upah jahit baju mahal. Kalalu boleh buat sendiri kira okaylah kan.... mana tau dah tua-tua cam mama ni boleh jahit baju kan best..... baju anak cucu ke.... ya tak
Selamat angah...
Esok along dh nak lapor diri semester 2... sekejap aje masa berlalu... mama harap along akan usaha lebih kuat untuk semester 2 ini... alhnmdullilah along dapat dok asrama lagi kali ni.... senang sikit hati mama ni. Syukur alhamdullilah..
No comments:
Post a Comment