PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 4 November 2013

MAAL HIJRAH 1435






Assalamualaikum.....esok merupakan sambutan Maal Hijrah... ianya merupakan kalender tahun baru bagi umat Islam. Namun kita semua agak jarang nak ambik tahu hal ini.... cuti macam biasa aje...tak ada pengisian pun... wal hal kalau tahun baru masehi siap ada azam baru lagi ya tak.... sama lah macam mama juga... hi..hi..

Jadi marilah sama-sama kita membuat penghijrahan sempena Maal Hijrah esok... mulakan dengan petang ni untuk membaca yassin, doa akhir tahun sebelum maghrib, solat maghrib, baca yassin dan doa awal tahun pulak...apa azam baru untuk maal hijrah 1435 ya...

Semoga tahun 1435 ini merupakan tahun yang lebih baik dari tahun ini.... ada beberapa perkara yang mama berharap dapat dicapai tahun 1435 ini dengan izinNYA insyalllah...antarannya mama berdoa semoga mendapat jemputanNYA bersama en hubby..... anak-anak mama berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang dan dapat meneruskan pelajaran ke menara gading, menjadi anak-anak soleh dan solehah serta menjadi insan yang berguna dunia akhirat....amin ya rabbalalamin...



No comments:

Post a Comment