PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 27 November 2013

SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN SPM

Assalamualaikum.... hari ini angah anak mama menduduki last paper SPM ...biology. Mama doakan angah dapat menjawab dengan tepat dan mencapai keputusan cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke menara gadig dan mendapat pekerjaan yang baik insyalllah.

 Lepas tu merdekalan anak-anak yang ambik sains tulen.... yang lain mungkin ada 1 atau 2 kertas lagi sehingga 6 disember.

Lepas tu apa perancangan untuk anak-anak kita ya. Panjang masa tu sehingga keputusan keluar tahun depan pas tu mohon ke IPTA masuk mungkin jun 2014...

Mama dah plan beberapa perkara untuk angah antaranya: ambik lesen motorsikal dan kereta. Kedua mohon masuk Giat mara bagi kelas jahitan untuk tempoh 6 bulan... harap permohonan berjaya... sekarang ni nak upah jahit baju mahal. Kalalu boleh buat sendiri kira okaylah kan.... mana tau dah tua-tua cam mama ni boleh jahit baju kan best..... baju anak cucu ke.... ya tak

Selamat angah...

Esok along dh nak lapor diri semester 2... sekejap aje masa berlalu... mama harap along akan usaha lebih kuat untuk semester 2 ini... alhnmdullilah along dapat dok asrama lagi kali ni.... senang sikit hati mama ni. Syukur alhamdullilah..
                                                             


Monday, 25 November 2013

MENUNNGU JEMPUTANNYA

Assalamualaikum.... berakhir bsudah musim haji tahun1434 Hijrah. semua tetamu-tetamu Allah dari Malaysia telah selamata kembali ke tanah air. Semoga mereka dikurniakan haj yang mabrur.

Bermulanya maal hijrah  1435  mama bermohon agar tahun haji musim ini, mama dan en hubby mendapat jemputan dariNYA. Mama memang teringin sangat nak melihat Kaabah, menunaikan rukunIslam yang ke 5. Selain itu mama juga mohon doa diberikan kesihatan yang baik, anak-anak soleh dan solehah, anak-anak yang berjaya menjadi insan yang baik di dunia dan akhirat dan kasih sayang yang berterusan dalam kalangan ahhli keluarga mama. Dipermudahkan segala urusan mama dan en hubby apabila di sana kelak dan selamat pergi dan kembali Insyalllah.
                                                  

Ya Allah perkenankanlah hajat hambamu ini.... amin ya rabalalamin.


Friday, 22 November 2013