PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 23 October 2013

Fisioterapi di Institut Perubatan Respiratori(IPR)

Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur


Pagi ini mama pergi ke IPR untuk menjalani fisioterapi. Ini merupakan kali ke 3 mama ke sana. Tempatnya aman damai. Pesakit tidak ramai. Fisioterapistnya juga baik-baik dan terdapat beberapa pelatih fisioterapi daripada kolej swasta yang membuat latihan sanggut di sana selama 5 minggu...

Berbanding dengan fisioterapi di IJN yang sangat meriah kerana pada satu-satu masa hampir 20 orang ada di gym... di IPR mama seorang aje... lebih ramai stff dari pesakit... apapun tidak banyak beza peralatn yang ada di IJN dan IPR... cuma peralatan di IJN lebih canggih  ....

Alhamdullilah kesihatan mama bertambah baik dan mama mampu buat semua exercise yang diminta tanpa banyak masalah...syukur... next appoiment pada november 2013..... lepas tu jumpa pakar seminggu kemudian.... pas tu kena gi IJN... emmm banyaknya follow up tapi demi kesihatan kena gi lah kan... mama kena sihat sepenuhnya dengan harapan mama mampu untuk menjadi tetamu istimewa tahun depan dapat melalukan yang terbaik di sana... insyallah

No comments:

Post a Comment