Nilah alat spirometri untuk exercise pernafasan bagi mengembangkan paru-paru.... target 1000 tau.. memang susah nak capai....
Nampak yak benda kuning kecik sebelah kanan tu.... yang tu kena maintain kat kotak warna biru dab yang bulat kuning besar di dalam selinder tu mesti 1000..... memang susah nak buat... yang ni kena buat tiap jam 20 kali kecuali waktu tidur....
Lepas cabut chest tube dan iv line tu mama mandi puas-puas. Kalau tak susah nak mandi kan... lepas tu mama boleh ambil wuduk.... syukurlah... dan mama solat secara duduk. Berdiri boleh tapi hanya untuk takbiratulikhram lepas tu duduk di kerusi. Solat qada yang tak dapat buat sempurna kerana mama hanya solat menghormati waktu masa di ICU...
Sebelah malam baru mama dimaklumkan ada lagi pneumothorax kat x ray tu dan doktor nak masukkan chest tube semula...alahai..dah terbayang akan kesakitan prosedur tu dan ketidak selesaan dengan adanya chest tube tu.
Pukul 10.30 malam baru pakar datang , dia kata tak perlu masuk tube, tapi dia akan syringe out the air guna branula dan syringe... huh lega lah... siap prosedur tu dalam 11.30 malam. Dah tengah malam u gak buat portable chest x ray.... result tak tau pulak...
Pagi esoknya Jumaat kan cuti wesak... so ak pergi gym... teruskan buat spirometri tu.. nak bangun memang susah.. kena bantuan, selera tak ada....
ok sambung nanti eek..
No comments:
Post a Comment