Memandangkan tak ada tempat tinggal maka mama bagi tau en hubby supaya book dorm kat IJN. Dalam dorm tu ada 7 katil dengan bayaran RM 30.00 sehari..oklah tukan. Tapi mam dah cuba book awal, pihak IJN kata tak boleh... no booking. So kalau ada esok adalah bilik untuk en hubby. Kalau tak mama kata kat en hubby balik rumahlah setelah mama masuk ICU sebelah petang. Sebab kat ICU bukan boleh tunggu. Pagi esoknya datang dengan anak-anak.
Mama sedar dah ada kat ICU kan.. tapi tak boleh nak cakap. Hanya buka mata dan nampak en hubby dekat mama. Lepas tu macam mamai aje... sakit tak usah nak cakap lah... dah sedar tapi ETT (endotrachea tube) masih in situ... hanya Allah aje yang tau macam mana rasanya... ad benda dalam saluran pernafasan anda... double lumen tube..makna nya 2 kali size yang biasa tu...
cam nilah rupanya yang dimasukkan melalui mulut cara nak masukan ETT tube ni dilakukan semasa didewan bedah untuk tujuan pernafasan |
Mama dah sedar sepenunya... sakit yang amat sangat. Nak cakap tak boleh. Buat bahasa isyarat tanya bila nak keluarkan tiub tu... nurse kata tunggu doktor order. Tapi sebelum tyu mama dah dengar boleh uang tiub akalu mama sedar sepenuhnya.... dia kata nanti cari doktor ... lama mam tunggu..tak buang pun lagi... rasa nak batu tapi tak boleh sakit yang teramat sangat... tanya lagi..minta kertas dan pen nak tulis gak.. minta cabut tiub.... nak jumpa en hubby... nurse kata nanti dia cari doktor lagi... nanti dia call en hubby..
Mama rasa macam ada sesuatu dalam dada kiri mama ni... bunyi macam air dalam gelas yang di tiub dengan straw..alahai ape benda ni.. mama rasa dengan tangan kanan semacam aje .. apa tu ya..
Tanya nurse dengan bahasa isyarat apa bunyi tu.... tulis kat kertas tu.. pada masa tu pakar yang bedah mama datang lawat mama kat ICU. Dia explain ada chest tube dan suction presurre.... ooo baru mama tau dah laluinya aje tau macam mana rasanya...
At last 4.45 pm tiub dikeluarkan. Sebelum tu nurse buat suction ..masayallah subhanallah sakitnya hanya yang dah alaminya aje yang tau...
Lepas tu barulah terasa lega... taklah sesakit semasa tiub dalam tekak. Sakit tempat bedah pun mama tak rasa masa tu... nanti sambung lagi ya..
No comments:
Post a Comment