Assalamualaikum.... nak sambung cerita kat IJN. Setelah buat fisio tu mama balik bilik sambung rehat... Hari Khamis tengahari drainage mama telah dicabut... huh leganya... boleh senang sikit nak bergerak... lepas cabut chest tube tu kena buat chest x ray.... katanya sebelah pagi tu... tapi ramai yang melawat mama kan... so x ray tu buat petang mama pulak tak tengok x ray tu.... mama ingat oklah sebab tak da pun doktor datang nak masukan chest tube semula kalau tak ok kan... so relaks lah.... petang tu mama minta nurse buang intravenous line kat tangan mama ni... so ubat PCA tu tak nak lah... mama kata ok makan je oral pain killer. Mama diberikan acoxia dan juga phenidine... makan ni kena gastic lah pulak... so makan sama dengan nesium damn MMT... jadi banyaklah pulak ubat nak telan tak kisahlah asalkan tak payah cucuk... senang mama nak sembahyang... yahoooo....
Nilah alat spirometri untuk exercise pernafasan bagi mengembangkan paru-paru.... target 1000 tau.. memang susah nak capai....
Nampak yak benda kuning kecik sebelah kanan tu.... yang tu kena maintain kat kotak warna biru dab yang bulat kuning besar di dalam selinder tu mesti 1000..... memang susah nak buat... yang ni kena buat tiap jam 20 kali kecuali waktu tidur....
Lepas cabut chest tube dan iv line tu mama mandi puas-puas. Kalau tak susah nak mandi kan... lepas tu mama boleh ambil wuduk.... syukurlah... dan mama solat secara duduk. Berdiri boleh tapi hanya untuk takbiratulikhram lepas tu duduk di kerusi. Solat qada yang tak dapat buat sempurna kerana mama hanya solat menghormati waktu masa di ICU...
Sebelah malam baru mama dimaklumkan ada lagi pneumothorax kat x ray tu dan doktor nak masukkan chest tube semula...alahai..dah terbayang akan kesakitan prosedur tu dan ketidak selesaan dengan adanya chest tube tu.
Pukul 10.30 malam baru pakar datang , dia kata tak perlu masuk tube, tapi dia akan syringe out the air guna branula dan syringe... huh lega lah... siap prosedur tu dalam 11.30 malam. Dah tengah malam u gak buat portable chest x ray.... result tak tau pulak...
Pagi esoknya Jumaat kan cuti wesak... so ak pergi gym... teruskan buat spirometri tu.. nak bangun memang susah.. kena bantuan, selera tak ada....
ok sambung nanti eek..
Thursday, 20 June 2013
Tuesday, 18 June 2013
OPERATION @ IJN Part 5
Masa duduk semula di wad barulah mama dapat tidur... memang mama amat letih... dapatlah tidur sejam tanpa gangguan... tapi lepas tu mama memang susah nak tidur.... walaupun malam asyik jaga aje. Nak gerak sakit... nak turun katil memang kena bantu... nak pergi toilet yang hanya beberapa langkah tu pun tak larat... nak buka pintu pun tak berdaya... nak buka paip air pun tak boleh... semua tak boleh lah kiranya... errm patutlah pakar tu bagi tau mama thoracotomy memang operation yang paling sakit banding dengan coronary bypass....
Ada chest tube lagi sebelah kiri tu... memang mama tak mandi samapi chest tube ditanggalkan. Makanan sedap kata anak mama tapi mama tak lalu makan.... Berat mama turun 5 kg masa kat wad.. banyak tuuu..
ni drainage mama |
ni lah tempat operation tu... keadaan mama masa ni baring mengiring ke kanan... yang kiri sekali tu tiub bagi drainage.. |
..
Thursday, 13 June 2013
OPERATION @ IJN Part 4
Assalamualaikum... sambung cerita di ICU... lepas cabut tiub ETT tu nurse pun tanya nak call en hubby ke... erm mama kata ya... dia pun call lah... tak lebihkurang dah dekat pukul 6 ptg masa tu. Rupanya di IJN masa melawat di ICU cuma dari jam 1 pm hingga 2 pm dan 6 pm hingga 7 pm. Waktu lain tak boleh..yang ni kalau kat hospital kerajaan waris terdekat boleh melawat bila-bila masa. IJN tak boleh kecuali kalau dipanggil oleh doktor aje lah.
So mama tanya en hubby pukul berapa mama habis operation. Katanya pukul 12.30 tengahari dan terus ke ICU. Pakar dah terangkan keadaan maam pada en hubby dan tunjukan gambar ketumbuhan tu. Dimaklumkan ianya sebesar 10 cm diameter... ermmm besar tu kan..
Mamadah boleh minum clear water... kalau ok boleh ambil milo.... sakit... memng sakit.. nakcakap pun amat perlahan dan suara macam susah nak keluar..
Mama tengok punyalah banyak drip di tangan.... 6 line ada.. ECG monitor lagi... drainage lagi dan PCA (Pain Controlled Anagelsia). PCA mama control sendiri.. kalau sakit mama tekan je button tu dan ubat pun masuklah lalu macam drip..
Mama diberikan ubat yang namanya fentanyl... kesan sampingannya loya, muntah... yang nilah mama tak tahan ni.. kalau nak muntah tu masyallah subhanallah sakitnya...mama diberikan intravenous zofran..ubat tahan muntah.... habis 3 dos dah dihentikan.
Sepanjang malam di ICU mama memang tak boleh nak tidur. Baru nak terlelap dah jaga, pesakit depan batuk lah, nurse jalan lah,,, asla dengar bunyi je mama sedar..tapi mama memang tak larat sangat-sangat.
Yang tak boleh lupa jam 4 pagi dia orang dah lap semua badan mama dengan air... sebab tak boleh mandikan.. cuci gigi.. sejuk mengigil-gigil.... 20 minit cam tu..
Lepas tu mama tekan PCA agak kerap . Adalah 4 kali sampai jam 8 pagi. Pagi tu mama minum milo sikit. Leas tu mama rasa semacam aje.... rasa loya macam mabuk laut tu.... memang mata tak selesa dan sejam lepas tu mama muntah. Subhanallah sakitnya muntah tu..mama rasa barulah lega... tapi keadaan mama memang tidak berdaya.... mama loya lagi..takutlah nak makan kan.... Dia orang dah nak discaj from ICU tapi tak jadi sebab mama memang dah lembik masa tu....
Pukul 1.00 pm anak2 sampai. En hubby dan anak2 tunggu sampai malam..Keluar ICU hampir 4.00 pm. Balik semula ke wad sebelum bedah tapi bilik lain. Bilik yang ada monitor.. sambung nanti ya
So mama tanya en hubby pukul berapa mama habis operation. Katanya pukul 12.30 tengahari dan terus ke ICU. Pakar dah terangkan keadaan maam pada en hubby dan tunjukan gambar ketumbuhan tu. Dimaklumkan ianya sebesar 10 cm diameter... ermmm besar tu kan..
Mamadah boleh minum clear water... kalau ok boleh ambil milo.... sakit... memng sakit.. nakcakap pun amat perlahan dan suara macam susah nak keluar..
Mama tengok punyalah banyak drip di tangan.... 6 line ada.. ECG monitor lagi... drainage lagi dan PCA (Pain Controlled Anagelsia). PCA mama control sendiri.. kalau sakit mama tekan je button tu dan ubat pun masuklah lalu macam drip..
mama pakai cam ni masuk dalam beg macam beg sandang kecil org pergi haji tu |
Sepanjang malam di ICU mama memang tak boleh nak tidur. Baru nak terlelap dah jaga, pesakit depan batuk lah, nurse jalan lah,,, asla dengar bunyi je mama sedar..tapi mama memang tak larat sangat-sangat.
Yang tak boleh lupa jam 4 pagi dia orang dah lap semua badan mama dengan air... sebab tak boleh mandikan.. cuci gigi.. sejuk mengigil-gigil.... 20 minit cam tu..
Lepas tu mama tekan PCA agak kerap . Adalah 4 kali sampai jam 8 pagi. Pagi tu mama minum milo sikit. Leas tu mama rasa semacam aje.... rasa loya macam mabuk laut tu.... memang mata tak selesa dan sejam lepas tu mama muntah. Subhanallah sakitnya muntah tu..mama rasa barulah lega... tapi keadaan mama memang tidak berdaya.... mama loya lagi..takutlah nak makan kan.... Dia orang dah nak discaj from ICU tapi tak jadi sebab mama memang dah lembik masa tu....
Pukul 1.00 pm anak2 sampai. En hubby dan anak2 tunggu sampai malam..Keluar ICU hampir 4.00 pm. Balik semula ke wad sebelum bedah tapi bilik lain. Bilik yang ada monitor.. sambung nanti ya
Subscribe to:
Posts (Atom)