PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 18 February 2013

HATI SEORANG IBU

                                      
Setiap hari tak sabar mam nak tunggu hujung minggu. Nak jumpa anak teruna mama. Setiap detik waktu berlalu mama sentiasa ingat anak mama. Kali pertama anak mama akan duduk sendiri bersama teman-teman. Memang mama sangat-sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak mama ni. Umur 12 tahun telah hidup sendiri, Satu keputusan yang sukar dibuat. Anak-anak perempuan mama semuanya duduk dengan mama sampai habis SPM. Hari-hari kena dengar suara mama..... ulang cakap perkara sama . Tegur perkara sama.... kerana mama amat menyayangi anak-anak mama. Mama mahu kalian menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Tidak lupa tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab terhadap kedua orang tua kelak di masa hadapan.  Mahu anak-anak mama berjaya dalam pelajaran dapat pekerjaan yang baik, punya keluarga yang bahagia. Semua ibu didunia ini punya hasrat yang sama kan.

Mama memhami keperitan anak mama yang terpaksa duduk sendiri. Basuh baju sendiri, kena ikut jadual yang ditetapkan. Paling menyeksakan jadi junior... kena buat macam-macam. Ucap selamat dekat semua senior.... lepas tu ada yang kena denda.... jadi helikopter atau naik motorsikal.... boleh bayangkan macam mana  tu... helikopter tu letak tangan kepan dan lari keliling guna tangan tu.... macam jarum jam gitu... sampai pening..lepas tu buat arah yang bertentangan pulak... kesiannya... naik motor tu pulak kena duduk macam bawak motosikal tapi tanpa motor... bayangkanlahbetapa lenguhnya.... tu antara deraan fizikal dan mental oleh senior... tak masuk lagi benda-benda lain... sebak mama dengar namun mama harap anak mama akan tabah dan dapat menyesuaikan diri dan tidak kena denda dek senoir tu... yang paling menyedihkan mama bebudak senoir ni mengunakan perkataan yang teruk amat sangat.... antaranya b*** tak kena kurang adab tu panggil junior cam tu... tak masuk perkataan lain yang bukan-bukan... katanya budak pintar tapi perangai masyallah....depan cikgu bukan main bersopan lagi.....sabarlah anak mama ya....

2 comments:

  1. Salam, faham situasi ini sbb 5 tahun duduk asrama 20 tahun yg lepas tapi hmmm.. ingatkan ragging yg mcm nie dah x de dah..
    Anak puan brp lama di situasi mcm tue ker sebulan dua shj. Pihak sekolah tidak terima aduan apa apa?
    Tambah - alhamdulillah baru2 nie anak saya masuk duduk diasrama .. tiada langsung kes buli sbb tahun lepas ibu bapa buat adua dan pihak sekolah mengambil tindakan tegas dgn membuang mana2 pihak yg melakukan "buli"

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak mama dah tingkatan 2 tahun ni. Alhamdullilah dia happy dan boleh menerima keadaan di sana tu. Kalau perempuan ok tak la kena buli dek senior, tapi lelaki memang kena. Cikgu tau tapi buat tak tau je. Kalau ada ibu bapa mengadu, lagi teruk kena. Semua kena... tu yang dia orang diam aje... apa pun tu cuma masa sebulan pertama aje...

      Delete