Friday, 28 December 2012
RAYUAN SBP
Seperti yang diketahui umum, rayuan online ke SBP telah dibuka mulai 24 Disember 2012. Anak mama juga tidak berjaya untuk mendapat tempat ke SBP. Memang mama sedih sangat-sangat. Anak perempuan mama sebelum ni pun tidak dapat masuk SBP. Memandangkan ni anak mama yang bongsu, mama memang teringin sangat agar dia berpeluang masuk ke SBP.
Anak mama ni menrupakan ketua murid, aktif dalam gamelan, sukan juga badminton. Disamping itu dia juga menyertai projek inovasi peringkat kebangsaan tahun 2012 dan menjadi johan. Dia juga aktif tekwandoo dan telah sampai ke tali pinggang hitam. Rasanya kalau mengikut merit, wajarlah dia dapat kan.... kami pun golongan sederhana aje... sedih kan bila tak dapat. Kawan anak mama tu anak dato' sekolah satu kelas dengan anak mama, tapi dapat masuk SBP. Ada kabel kotnya lah. Mama ni tak da kenalan orang besar. Kita orang biasa je, so ikutlah jalan biasa... klik e rayuan. Tapi kali ni mama dan en hubby usahakan dengan buat surat rayuan dan cuba berjumpa dengan pegawai yang berkenaan dan sertakan semua sijil yang berkaitan. Mudah-mudahan anak mama akan terpilih.
Labels:
SEKOLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment