Assalamualaikum... sepertimana semua sedia maklum esok petang PM kita akan bentangkan budget untuk negara bagi tahun 2013. Semua rakyat Malaysia tertunggu-tunggu akan pembentangan budget ini. Ada yang tunggu nak tahu dapat bonus tak tahun ni, ada kenaikan gaji ke, ada tambah elaun ke, ada penurunan cukai pendapatan ke namun ada segelintir manusia yang tak ambil pusing pun. Apapun masing-masing punya pandangan dan pendirian sendiri kan.
Bagi mama pulak budget amat penting. Mama dan en hubby biasanya akan berbincang merancang untuk membuat budget keluarga.... bukan setahun sekali, tapi banyak kali... umpamanya budget persekolahan, bajet percutian, bajet untuk balik kampung, bajet hari raya termasuk pakaian, kuih muih, serta duit raya untuk mereka yang berkenaan.
Mama dari kecik lagi telah diasuh berjimat cermat oleh arwah abah dam emak. Beli ikut keperluan, bukan kemahuan. Jadi sampailah mama dah berumahtangga ni, mama sentiasa amalkan perkara ini. Alhamdullilah sehingga hari ini mama sekeluarga tidak menghadapi masalah kewangan. Prinsip abah mama dulu jangan berhutang. Nak sesuat, buat target bila nak beli, berapa banyak duit kena simpan dalam tempoh itu, dah cukup baru beli.... Tapi mama ada gak berhutang, hutang rumah pinjaman kerajaan, sampai pencen 60 pun tak habis bayar lagi... huhuhu.... dan hutang kereta..... baba kereta ni nanti mama buat enteri lain lah pulak.
Mama ni nak tambah pendapatan dengan buat kerja luar atau berniaga memang tak la. cuma apa yang mama buat ialah berjimat cermat dan simpan sikit dalam ASB..... sikit-sikit lama -lama jadi bukit... dan memastikan simpanan dibuat secara konsisten tiap bulan. Dan yang penting kewajipan zakat ditunaikan. Insyalllah
Apa yang dah mama buat adalah seperti berikut:
1. Pakai kereta hanya sebuah sahaja... dan tak tukar kereta lebih 10 tahun.
Ada lagi kereta tu hingga hari ini en hubby yang guna gi ofis.
2. Hutang kereta pun cuma 4 tahun je... kereta nasional je...
3. Beli barang ikut keperluan bukan kemahuan
4. Simpanan sekurang-kurangnya 10 % gaji dalam mana-mana instistusi kewangan,
ASB, tabung haji atau bank... tak payah buat kad bank tau. ikut suka lah....
dan jangan dikeluarkan pulak duit ni .
5. Simpanan untuk kecemasan...perlu ada duit lain ya...
bukan korek daripada simpanan 10 % tiap bulan ya
6. Hutang lagi satu ialah pinjaman perumahan
7. Buat simpanan khusus untuk pendidikan anak-anak... insuran pendidikan,
ada juga akaun tabung haji untuk dia orang.
Satu lagi jagan lupa SSPN..... Yang ni khusus untuk ajar dia orang simpan duit
sendiri untuk menabung atau simpanan bila dapat diut raya raya ke,
atau bila balik kampung saudara mara bagi duit...
8. Tidak tukar kereta baru kalau tak ada keperluan.
9. Makan di luar sekali sebulan je... tu pun kat KFC ke
atau mana restaurant tepi jalan je...
10. Merancang percutian keluarga setahun sekali.....
tapi yang jalan dekat-dekat tu tak kiralah,, ni yang
melibatakan perjalanan jauh, kena penginapan..
but tahun ni tak sempat pun nak jalan-jalan anak-anak
bizi nak exam...
11. Tidak kerap balik kampung..... setahun hanya 2@ 3 kali.
Tapi kalau ada hal mustahak boleh balik bila-bila masa umpama
kematian atau ada ahli keluarga yang sakit
12. Tidak ada ASTRO kat rumah dari dulu sampai kini
13. Mengawal pengggunaan telefon, letrik dan air untuk elakkan pembaziran
14. Untuk peringakat awal setiap perbelanjaan yang dibelanjakan
mama tulis tiap hari untuk tempoh 9 bulan
lepas tu buat analisa. Berapa sebenarnya perbelanjaan sebenar...
semak samada mana-mana yang
boleh dikurangkan....
15. Menjelaskan kepada anak-anak perlunya kita merancang kewangan,
kenapa perlu menilai setiap
barang yang diinginkan... perlu atau tidak... tapi kalau makanan
biasanya mama atau en hubby akan belikan tanpa sekatan
16. Matlamat hidup mama sekeluarga ialah bebas dari masalah kewangan
dan dapat hidup selesa dan
dapat menjalankan kewajipan zakat.
Inilah antara langkah yang mama ambil bagi memastikan mama tidak terbeban dengan masalah kewangan dan punya sedikit simpanan untuk anak-anak dan hari tua mama nanti. Semoga mama sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan dapat menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment