PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 27 September 2012

BUDGET

                                                  

                                                       

Assalamualaikum... sepertimana semua sedia maklum esok petang PM kita akan bentangkan budget untuk negara bagi tahun 2013. Semua rakyat Malaysia tertunggu-tunggu akan pembentangan budget ini. Ada yang tunggu nak tahu dapat bonus tak tahun ni, ada kenaikan gaji ke, ada tambah elaun ke, ada penurunan cukai pendapatan ke namun ada segelintir manusia yang tak ambil pusing pun. Apapun masing-masing punya pandangan dan pendirian sendiri kan.

Bagi mama pulak  budget amat penting. Mama dan en hubby biasanya akan berbincang merancang untuk membuat budget keluarga.... bukan setahun sekali, tapi banyak kali... umpamanya budget persekolahan, bajet percutian, bajet untuk balik kampung, bajet hari raya termasuk pakaian, kuih muih, serta duit raya untuk mereka yang berkenaan.

Mama dari kecik lagi telah diasuh berjimat cermat oleh arwah abah dam emak. Beli ikut keperluan, bukan kemahuan. Jadi sampailah mama dah berumahtangga ni, mama sentiasa amalkan perkara ini. Alhamdullilah sehingga hari ini mama sekeluarga tidak menghadapi masalah kewangan. Prinsip abah mama dulu jangan berhutang. Nak sesuat, buat target bila nak beli, berapa banyak duit kena simpan dalam tempoh itu, dah cukup baru beli.... Tapi mama ada gak berhutang, hutang rumah pinjaman kerajaan, sampai pencen 60 pun tak habis bayar lagi... huhuhu.... dan hutang kereta..... baba kereta ni nanti mama buat enteri lain lah pulak.

Mama ni nak tambah pendapatan dengan buat kerja luar atau berniaga memang tak la. cuma apa yang mama buat ialah berjimat cermat dan simpan sikit dalam ASB..... sikit-sikit lama -lama jadi bukit... dan memastikan simpanan dibuat secara konsisten tiap bulan. Dan yang penting kewajipan zakat ditunaikan. Insyalllah

Apa yang dah mama buat adalah seperti berikut:

1. Pakai kereta hanya sebuah sahaja... dan tak tukar kereta lebih 10 tahun.
    Ada lagi kereta tu hingga hari ini  en hubby yang guna gi ofis.

2. Hutang kereta pun cuma 4 tahun je... kereta nasional je...

3. Beli barang ikut keperluan bukan kemahuan

4. Simpanan sekurang-kurangnya 10 % gaji dalam mana-mana instistusi kewangan,
   ASB, tabung haji atau     bank... tak payah buat kad bank tau. ikut suka lah....
     dan jangan dikeluarkan pulak duit ni .

5. Simpanan untuk kecemasan...perlu ada duit lain ya...
   bukan korek daripada simpanan 10 % tiap bulan ya

6. Hutang lagi satu ialah pinjaman perumahan

7. Buat simpanan khusus untuk pendidikan anak-anak... insuran pendidikan,
     ada juga akaun tabung haji  untuk dia orang.
     Satu lagi jagan lupa SSPN.....  Yang ni khusus untuk ajar dia orang simpan duit
    sendiri untuk menabung atau  simpanan bila dapat diut raya raya ke,
    atau bila balik kampung saudara mara bagi duit...

8. Tidak tukar kereta baru kalau tak ada keperluan.

9. Makan di luar sekali sebulan je... tu pun kat KFC ke
    atau mana restaurant tepi jalan je...

10. Merancang percutian keluarga setahun sekali.....
      tapi yang jalan dekat-dekat tu tak kiralah,, ni yang
      melibatakan perjalanan jauh, kena penginapan..
      but tahun ni tak sempat pun nak jalan-jalan anak-anak
     bizi nak exam...

11. Tidak kerap balik kampung..... setahun hanya 2@ 3 kali.
     Tapi kalau ada hal mustahak boleh balik bila-bila masa umpama
      kematian atau ada ahli keluarga yang sakit

12. Tidak ada ASTRO kat rumah dari dulu sampai kini

13. Mengawal pengggunaan telefon, letrik dan air untuk elakkan pembaziran

14.  Untuk peringakat awal setiap perbelanjaan yang dibelanjakan
        mama tulis tiap hari untuk tempoh 9 bulan
        lepas tu buat analisa.  Berapa sebenarnya perbelanjaan sebenar...
        semak samada mana-mana yang
       boleh dikurangkan....

15.  Menjelaskan kepada anak-anak perlunya kita merancang kewangan,
       kenapa perlu menilai setiap
       barang yang diinginkan... perlu atau tidak... tapi kalau makanan
       biasanya mama atau en hubby akan belikan tanpa sekatan

16. Matlamat hidup mama sekeluarga ialah bebas dari masalah kewangan
      dan dapat hidup selesa dan
      dapat menjalankan kewajipan zakat.

Inilah antara langkah yang mama ambil bagi memastikan mama tidak terbeban dengan masalah kewangan dan  punya sedikit simpanan untuk anak-anak dan hari tua mama nanti. Semoga mama sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan dapat menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA di muka bumi ini.

                                



Wednesday, 26 September 2012

URUS DUIT SENDIRI

                                


Assalamualaikum...nak kaya tak? semua orang hendak kaya kan... tak orang dalam duni ini ingin hidup susah ya tak? Duit atau wang adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian   hari   ini. Semua benda perlukan duit dalam dunia ini.... cuma satu je yang rasanya masih boleh dapat free kat dunia ni iaitu oksigen yang kita sedut tiap hari untuk bernafas meneruskan kehidupan ...betul tak?  Air bayar, letrik bayar, nak masuk toilet pun sekarang ni kena bayar kan...... cuma kat R&R je yang free lagi....kalau nak nyaman pasang aircond ...ken a bayar gak.... ooopsss bagi yang dok kat Selangor dapatlah air free untuk 20 meter padu......
                                           

                                  
                                   
                                                 
antara buku-buku kewangan yang dah mama baca..................................................
Banyak buku mengenai  kewangan yang ada kat pasaran, Mama dan en hubby suka baca... dan antara kesimpulan yang boleh di buat adalah seperti berikut:

1. Kita perlu bekerja untuk mendapat duit.... tak kiralah kerja sendiri, makan gaji, berniaga atau sebagainya
2. Kita perlu mengawal perbelanjaan
3. Kita perlu meletakkan matlamat apa yang akan kita capai dalam satu tempoh yang ditetapkan
4. Kita perlu merancang perbelanjaan bulanan
5. Kita perlu catat setiap perbelanjaan harian walau pun kecil jumlahnya
6. Kita perlu ada simpanan kecemasan sekurang-kurang 6 bulan gaji bulanan sepanjang masa
7. Kita perlu berjimat-cermat atau buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan
8. Elakkan berhutang
9. Elakkan makan luar selalu.... sekali sebulan oklah...
10. Tak perlu tukar kereta selalu.... beli kereta pun ikut kemampuan.... jangan sampai lebih 50% gaji kena bayar hutang kereta....
11. Penting juga sediakan bajet keluarga setiap tahun... macam PM umumkan bajet untuk tahun depan jumaat ni... maka kita pun perlu buat bajet keluarga sendiri...
12. Jagan lupa tunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam... zakat wang simpanan/ zakat pendapatan/ harta.
13. Kawal perbelanjaan anak-anak.... terutamanya top up handphone...

Nanti kita sambung lagi cerita pasal duit ni ya....