PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 14 August 2012

CUTI RAYA

from en google
                                        
Assalamualaikum.... tinggal beberapa hari je lagi nak habis ramadhan dan syawal kian hampir..... esok rabu, lusa khamis,,,, tulat jumaat... yeh..yeh..yeh..mama akan mula cuti jumaat sampai lah ahad seminggu lepas raya ...lama tu tau... kira kiranya semuana 10 hari... bestnya tak kerja kan tapi duit tetap masuuukkkk  kalau kerja sendiri ada kerja ada gaji kan... dah beberapa tahun ni mama dapat lah merasa cuti panjang masa raya... kalau dulu sebelum pindah ke sini, mama hanya cuti lepas seminggu raya.. sebab nak cuti lama so kena kerja lah masa kawan-kawan mama cuti... dia orang semuanya bujang.. mama nak balik je dah seharian dalam perjalanan dangan anak kecik lagi... keluar lepas subuh, maghrib baru sampai... lepas tu bila nak balik semula ke sana kena balik awal sikit sekurang-kuranya 2 hari sebelum habis cuti.. penat ooo...lepas tu nak kemas semua baju-baju semula..

Ni mama duduk dah dekat dengan kampung, kalau tak jam jalan 3 jam sampailah...tapi mama ni balik kampung sekejap je lah... sebab anak mama nak UPSR dan trial SPM tahun ni... tahun depan angah pulak exam... last year pun tak dapat nak jaln-jalan anagah PMR... erm anak-anak dah bising lama tak holiday... hujung tahun ni nak pindah pulak... tengoklah cam mana kalau ada peluang nak gak bercuti dengan dia orang.... kalau tak dapat gak nampaknya awal tahun depan la...kita jalan gi holiday ya...

Bestnya cuti kat rumah.. relax... tengok TV .... dan balik je dari  kampung nak start puasa enam la terus biar cepat habis... ajak anak-anak untuk puasa ganti sekali...



No comments:

Post a Comment