PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 2 May 2012

IJN DAN HOSPITAL SERDANG

Assalamualaikum....

 

1 Mei 2012.... mama ingat nak cuti lah konon-kononya... Sambutan Hari Pekerja kan.... tapi tak dapat la nak cuti... Jawatan yang mama sandang ni tak pernah cuti ada je benda kena bereskan dalam masa 24 jam dan 360 hari setahun..... Jadi semalam kan antara hari yang sibuk  buat mama. Sebenarnya mama dah rancang nak menziarahi sepupu mama yang dimasukan ke IJN sebab masalah jantung.... kakak kepada sepupu mama ni baru je bagi tahu malm Selasa yang adiknya telah 2 minggu berada di IJN... jadi setelah berbincang dengan hubby, kita memutuskan untuk ke IJN  pada cuti umum semalam. Kerja rumah kena beres dulu... bangun, kemas, buat sarapan pagi, cuci baju .... pukul 8 pagi dapat pulak panggilan telefon from my uncle... nada susranya amat menyedihkan sehingga dia menanggis... mama dah mula fikir ada masalah berat ni... rupa-rupanya anak keduanya sakit.... my uncle stays in Pasir Gudang JB.  Masa dia call tu dia berada di Sungai Besar Selangor. Baru je sampai sebelum subuh tadi. Dia katanya anaknya sakit teruk, perut besar, tak booleh makan, tidur dan sesak nafas... jadi mama bincang dengan hubby macamana nak pergi ke Sungai Besar ke? Dia kata ya.... kita pergi tengok dulu keadaanya... jadi mama pun cepat-cepat masak untuk anak-anak... sambil tunggu adik ipar di Semenyih datang. Kita pergi bersama. Alangkah terkejutnya mama bila sampai ke rumah mertua sepupu mama ni.... keadaan fizikalnya memang berubah tersangat-sangat. Berat badan menyusut, perut membengkak, pucat dan nampak sesak nafas....mama tanya apa doktor kata. Dia daj jumpa dr kat klinik pakar bedah Hospital Serdang, katanya ada gastrik dan dia diberi tarikh temujanji untuk buat scope OGDS      (Oesophagus Gastro Deudenoscopy) pada 7 Mei akan datang. Esok katanya nak call bos dia sambung cuti rehat lagi sampai tarikh scope tu... aduh mama kata mana boleh tunggu cam ni.. kalau mama lah mesti nak kena admit wad. Dia hanya diberi sehari je MC pada 24 April lepas... kasihan dia.. lepas bincng panjang lebar dengan pakcik, dan juga isteri serta keluarga mertua akhirnya mereka sepakat setuju nak hantar ke Hospital Serdang. Maka mama pula nak bertolak dulu ke IJN sementara mereka berkemas nak ke Puchong dulu rumah sepupu mama ni dan ambik apa patut baru ke Serdang.
Mama pulak singgah IJN, lawat sepupu mama satu lagi.. yang ni perempuan ada kencing manis, masalah jantung, dan masalah buah pinggang... sedih mama tengok dia...satu badan bengkak. Hari ni dia kena haemodilisis. Harapan mama agar segala urusannya dipermudahkan.
 Lepas aje sembahyang maghrib, mama dan hubby ke Hospital Serdang. Alhamdullilah urusan kali ni dipermudahkan. Setelah diperiksa, ujian darah dilakukan dan x ray sepupu mama ni dimasukan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Jam 11.30 malam dia ditempatkan di wad 7C. Dr akan masukkan darah  malam tu jugak.... mama lega sikit sebab urusan selesai dan mama pun balik ke rumah.  Apa yang mama nak bagi tau ialah kalau kita sakit dan jumpa dr, lepas tu tak masuk wad, dan kita memang betul-betul tak berdaya samapi habis cuti rehat sendiri...kita kenalah pergi semula ke hospital tu... maklumlah masalah kita agar pemeriksaan boleh dibuat sekali lagi... macam sepupu mama masa kali pertama pergi dr kata gastrik tak serius, tapi mama kata orang gastrik tak lah macam keadaan dia ni... meh kita gi check sekali lagi.. bair mama tolong bawak ke A&E dan discuss dengan dr. Rupa-rupanya dia ada masalah serius... mama pun sedih jika ianya disahkan... sekarang ni dr plan nak buat scan, KIV bone marrow dan buat LP (Lumbar Puncture)  iaitu orang biasa kata ambik air tulang belakang... serius kan... tu  doakan yang terbaik buat sepupu mama ni yang baru berumur 32 tahun dan punya 2 anak kecil (5 dan 2 tahun).



No comments:

Post a Comment