PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 31 December 2012

WISH LIST @ AZAM 2013

                                                           
Tak sah kalau nak masuk tahun baru tak cerita azam barukan.... Tiap tahun cerita azam baru... azam dulu dah tercapai ke? Tak payah lah buat azam banyak-banyak. Buatlah target apa yang nak dicapai dalam tahun baru nanti kan. Mama hanya nak beberapa perkara je tahun 2013 antaranya anak mama akan dapat masuk sekolah berasrama. Anak sulung mama dapat menyambung pelajaran ke menara gading setelah keputusan SPM 2012 nanti. Anak kedua mama akan dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013. Dapat makan angin bersama keluarga. Tahun 2012 tak sempat nak bercuti makan angin...anak-anak dah komplain. Dan satu lagi yang mama dah lama angan-angankan nak beli kereta baru.... insyallah dah tetap dan tekad nak guna kereta ni.... bukana yang mahal-mahal tau. Mama beli ikut kemampuan mama nak bayar hutang la... banyak perkara perlu difikirkan sebelum keputusan dibuat. Bajet baru untuk keluarga dah bertambah tahun baru ni... petrol, internet, astro dan juga bil telefon.... yang sedia ada tetap kena bayar seperti insuran, zakat, cukai pendapatan, maintainance kereta termasuk roadtax dan insurance ..... banyak tu..u ools pulak cam mana? Oklah selamat menyambut tahun baru 2013 semoga tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun ini dan  diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki, bahagia bersama keluarga tersayang dan diberkati olehNYA.

LAST DAY 2012

foto: en google
Assalamualaikum..... hari ini merupakan hari terakhir 2012. Esok dah masuk tahun baru 2013. Cepatnya masa berlalu. Umur pun dah semakin meninggkat. sorotan setahun yang lalu apa yang telah kita capai .... adakan azam kita telah terlaksana?

Mama biasanya tak buat banyak impian... namun syukurlah impian mama untuk duduk rumah sendiri tercapai. Anak bomgsu mama mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR, walaupun permohonan untuk ke SBP tidak berjaya. Harapan mama dia akan terpilih untuk ke MRSM. Mama juga telah menggunakan 2nd loan untuk rumah. walaupun hanya rumah teres kecil oklah tu.... sebagai aset untuk anak-anak mama di masa hadapan. Mama juga berdoa gara anak sulung mama akan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012.



Friday, 28 December 2012

RAYUAN SBP

                                     
Seperti yang diketahui umum, rayuan online ke SBP telah dibuka mulai 24 Disember 2012. Anak mama juga tidak berjaya untuk mendapat tempat ke SBP. Memang mama sedih sangat-sangat. Anak perempuan mama sebelum ni pun tidak dapat masuk SBP. Memandangkan ni anak mama yang bongsu, mama memang teringin sangat agar dia berpeluang masuk ke SBP.

Anak mama ni menrupakan ketua murid, aktif dalam gamelan, sukan juga badminton. Disamping itu dia juga menyertai projek inovasi peringkat kebangsaan tahun 2012 dan menjadi johan. Dia juga aktif tekwandoo dan telah sampai ke tali pinggang hitam. Rasanya kalau mengikut merit, wajarlah dia dapat kan.... kami pun golongan sederhana aje... sedih kan bila tak dapat. Kawan anak mama tu anak dato' sekolah satu kelas dengan anak mama,  tapi dapat masuk SBP. Ada kabel kotnya lah. Mama ni tak da kenalan orang besar. Kita orang biasa je, so ikutlah jalan biasa... klik e rayuan. Tapi kali ni mama dan en hubby usahakan dengan buat surat rayuan dan cuba berjumpa dengan pegawai yang berkenaan dan sertakan semua sijil yang berkaitan. Mudah-mudahan anak mama akan terpilih.