PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 14 February 2013

MRSM KUALA KUBU BARU



Assalamualaikum. Baru je selesai cuti sempena Tahun Baru Cina. Mama sekeluarga tak kemana-mana pun. Tapi masa yang ada tu agak sibuk membuat persiapan anak teruna mama yang akan melapor diri ke MRSM KKB. Selesai sudah urusan mama semalam. Anakanda mama telah pun melapor diri. Terdapat seramai 144 pelajar tahun satu pada tahun ini dengan 82 orang lelaki dan selebihnya perempuan.

Satu-satunya anak mama yang dapat sekolah berasrama. Semoga anak mama dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru dan dapat menumpukan perhatian dan fokus kepada pejaran dan menjadi insan yang cermerlang di dunia dan akhirat. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak mama.

Sunyi rumah bila seorang anak dah tak ada di rumah. Pagi tadi sebak rasanya bila bangun tidur sehingga menitis air mata ini. Namun demi untuk masa depan yang cemerlang dengan berat hati mama hantar anak mama ke MRSM. Syukurlah mama masih boleh melawat setiap minggu. Kalau ditempatkan di Sabah ke, Perlis atau Langkawi...aduhai.... 

MRSM KKB membenarkan anak-anak membawa telefon.  Syukur sangat-sangat. Tapi syaratnya hanya telefon yang basik je.... boleh call dan sms. Lega mama boleh dapat berhubung dengan anak mama hari-hari. Lepas ni tunggu along pulak nak hantar ke mana selepas keputusan SPM tak lama lagi ni... bertambah sunyi lagi lah rumah kan.... harap-harap along dapat yang dekat je.... UPM/UKM/ UITM ke.....tinggal angah je tahun ni ambil SPM.... tahun depan tinggal berdua je lah nampaknya..... 
 
 
 
 

8 comments:

  1. Assalamualaikum, jalan2 tadi tersinggah kat sini... anak bongsu sy akan mendaftar masuk MRSM Kulim pada Isnin depan ni. sebak jugak hati dan perasaan sb akan tinggal kami berdua suami isteri shj kat rumah lepas ini.. salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam... tahniah ya.. jangan risau kita doakan yang terbaik buat anak-anak kita. Samalah kita ya tinggal berdua je...

      Delete
  2. Salam, jika ada rezeki sy berhajat nk htr ank ke mrsm..nk tanya mrsm igsce nie so far ank mama arra belajar ok tak..susah ke mcmmana...sy risau nk htr ank takut susah sbb belajar dlm bi tapi bi penting utk masa depan dìa..boleh bg info tak kak...

    ReplyDelete
  3. Salam, jika ada rezeki sy berhajat nk htr ank ke mrsm..nk tanya mrsm igsce nie so far ank mama arra belajar ok tak..susah ke mcmmana...sy risau nk htr ank takut susah sbb belajar dlm bi tapi bi penting utk masa depan dìa..boleh bg info tak kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam...anak mama tidak ikut program IGSCE. Badge anak mama merupakan kumpulan terakhir yang ikut konvensional (biasa)tidak ikut program IGCSE. Mulai 2016 kalau tak silap mama semua MRSM menawarkan program IGCSE. Untuk makluman MRSM ni memang belajar dalam bahasa Inggeris bagi subjek sains dan matematik samada yang kovensinal atau IGCSE. Jangan risau insyalllah anak-anak kita boleh menyesuaikan diri mereka.

      Delete
  4. salam..sesi 2017 dah mula igcse..pusat UKMM anak saya pilih MRSM KKB sebagi pusat ujian..terus tertarik dgn keindahan di situ.masa isi borang memang pilih MRSM KKB sebagai pilihan pertama..tapi rezeki Allah yang tentukan dapat MRSM Parit..ok juga dapat balik kampung opahnya..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah tahniah anak tuan dapat masuk MRSM...

      Delete
  5. yang paling best di mrsm KKB ialah view kiri kanan gunung dan hutan, sejuk mata memandang juga tangga dari asrama ke bangunan sekolah fuhhh mencabar

    ReplyDelete