Sambung cerita kisah proses
pinjaman bank. Apa yang bank perlu untuk buat pinjaman ialah:
1. Slip
gaji untuk 3 bulan terakhir
2. Salinan
kad pengenalan
3. Penyata akaun bank jika pinjaman bukan dari
bank yang kita masukkan gaji
4. Surat
pengesahan daripada syarikat kereta berkenaan yang kita dah booking kereta
Senang je kan…. Pihak bank akan meneliti tentang komitment
kita untuk bayar balik pinjaman, menyemak dengan ckris ada tak kita di blacklistkan.
Rekod pinjaman kita yang terdahulu jika ada, bagaimana bayaran balik dulu ada
sangkut tak. Kalau semua clear
mudahlah pinjaman kita diluluskan.
Ok settle tentang kadar pinjaman, kita terus proses nak
booking kereta
Bila dah tentukan kereta jenama apa, berapa cc, model, kat
mana nak beli , pergilah ke showroom untuk tengok kereta tu. Beleklah kereta tu
luar dalam, test drive . Tanya jurujual tu ada apa-apa promosi tak, berapa
rebet … sebab semua kereta baru ni ada rebet tau… atau dengan kata mudahnya
diskaun la…
Maklumat ini juga boleh didapat dari laman web jenama kereta
berkenaan.
Kalau dah confirm, bayarlah booking fee iaitu yuran
menandakan kita bersetuju nak beli kereta tu. Biasanya harga akan ditentukan
oleh pihak jurujual. Jika boleh minta bayaran paling minimum. Jurujual kereta
akan suruh kita tandatangan pelbagai borang. Pastikan anda baca semua borang tu
sebelum tandatangan ya. Jangan tandatangan borang kosong je. Jurujual memang
suka nak suruh kita tandatangan cepat-cepat nanti dia orang isi kemudian.
Tolong elakkan hal ini daripada berlaku. Kita tidak tau apa jumlah yang akan
diisi olehnya. Minta dia kira dulu depan kita dan isi diruang yang disediakan
tu sebelum kita menandatanganinya.
Lepas tu bagi tau
yang kita nak buat loan bank yang kita dah pilih. Biasanya syarikat akan
tawaran loan bank yang ada “perjanjian” dengan syarikat tersebut. Macam tu juga
dengan insuran kereta. Ada syarikat insuran yang dah ada MOU dengan dia orang. Jadi saleman tu pun dapatlah habuan daripada insuran kereta kita tu nanti.Tapi
mama nak pilih insuran kereta sendiri.
tengok contoh ni...biasanya ada senarai harga kereta kan
mama print screen ni...kalau nak jelas gi ke website http://www.toyota.com.my/camry/#price
contoh yang camry 2.0G A harga atas jalan : RM 159,900.00
road tax: RM 4327.18
Lebih kurang harga insuran kereta mama juga. Tapi sebab mama nak buat sendiri, makan kos dapat dijimatkan. Mama ambil insuran takaful malaysia. Jumlah sum insured sama dengan yang dinyatakan, tapi insuran mama kena bayar hanya RM 1740.55 sahaja setelah tolah NCB kereta lama mama 55 %. Jimat banyak juga sebab kalau tak saleman tu kira mama kena bayar insuran setelah tolak NCB 55 % tu dia charge RM 2245.00. Tengok berapa banyak yang mama dapat jimat. Kalau tak saleman tu lah yang dapat habuan duit lebihan insuran kereta tu kan...lebih kurang RM 505.00.
Jadi keseluruhannya mama dapat jimat RM 750.00 + RM 505.00 = RM 1225.00.
Berbaloi kan usaha mama ...