PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 25 January 2013

KADET POLIS

                             Polis Kadet

Semua sekolah ada hari koko kan.... so anak mama sulung masuk PBSM, Angah masuk Puteri Islam dan yang bongsu ni masuk kadet polis.
Apa yang nak mama kongsikan ialah mengenai pakaian . Puteri Islam tak la mahal sangat sebab pakai baju putih kurung ku, tudung pink dan kain pink.... so budget dalam RM 40-50 aje tambahan nak kena beli.

PBSM boleh tahan gak uniform dia ni. Mama beli masa anak sulung mama tingkatan 1 dulu lah,  ermm lebih 5 tahun dulu... erm tak ingat berapa harga baju tu. Selain dari baju tu kena beli accessorry pulak... butang dia lain, lambang kiri kanan lagi... rasanya hampir RM 150 kot untuk lengkapkan semuanya.  

Untuk kadet polis ni lagilah mak ooi. Nak beli baju pun bukan senang rupanya. Tak semua kedai boleh jual baju ni sebab serupa dengan pakaian seragam polis. Lepas tu lagi satu hal nak cari saiz  punyalah susah... hampir 5 tempat pergi baru dapat.. Harganya pulak baju je sepasang hampir RM 100 tau. Tak masuk lagi bagai-bagai macam dalam gambar kat atas tu.... butang lah, berek , bulu jambul tu lagi.... yang ni satu hal juga susah gak nak beli. Ada kedai tu jual baju je, tapi accessorry tak da... kena gi cari lain lah pulaknya... kasut boot lagi... Mahu terbang RM 200 kot kalau nak beli semuaya ni..

Selain dari full uniform, baju T pun kena beli juga bila buat aktiviti petang.... tambah duit lagi .. harga bergantung pada jenis kain dan juga saiz... bagi anak mama antara RM 40-50 ... hu..hu.. duit lagi...

Kiran RM 100 bantuan persekolahan tu pun tak cukup nak beli baju koko ni..... apa pun syukur daripada tak ada kan...

Wednesday, 23 January 2013

BERDEBAR-DEBAR

                 
Mama pulak yang berdebar tunggu nak tunggu bulan februari. Pasal apa pulaknya tukan.... erm tak lain tak bukan tunggu keputusan rayuan SBP dan juga kemasukan ke MRSM 2013. Segala usaha telah mama lakukan agar anak mama dapat masuk ke sekolah berasrama. Ianya penting buat mama atas beberapa faktor seperti nak juga salah seorang anak mama bersekolah di sekolah berasrama penuh, tujuannya agar kehidupannya boleh berdikari, mematuhi disipilin... kat rumah tak rajin nak study pun... kalau kat asrama terpaksa ikut peraturan kan... dan yang penting anak mama memenuhi kriteria yang ditetapkan. Aktif koko, sukan, muzik dan juga taekwando, ketua pengawas.... sedih kalau dia tak dapat. Masuk pertandingan inovasi sampai peringkat kebangsaan dan johan. Satu pencapaian yang membanggakan... semoga anak mama akan berjaya...


Monday, 21 January 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100

                           
Assalamualaikum . Hari ini en hubby pergi ke sekolah anak mama untuk ambil bantuan RM 100 bagi murid sekolah sebagaimana yang diumumkan dalam bajet 2013 oleh PM sebelum ni. Tahun lepas dapat untuk 3 anak, tahun ni dah tinggal 2 anak aje... duit tu en hubby tak gunakan pun tapi masukkan dalam SSPN anak-anak....Terima kasih buat kerajaan Malaysia yang bermurah hati memberikan bantuan ini. Walaupun hanya RM 100 tapi bagi golongan yang tertentu ianya amat bermakna.