PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 31 May 2012

HAPPY BIRTHDAY

Assalamualaikum...moga hari ini merupakan hari yang ceria dan akan dimurahkan pintu rezeki, diberikan kesejahteraan buat kita hambaNYA dimuka bumi ini.

Mama Arra mengucapkan syukur kepada Ilahi dikurniakan 2 orang puteri dan seorang putra sebagai pelengkap dalam kehidupan mama. Alhamdullilah, anak-anak mama kian membesar dan memasuku alam remaja. Nampaknya semakin tualah mama ni kan... Hari ini 31 Mei merupakan ulangtahun kelahiran puteri sulong mama SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ANAKKU YANG KE 17 khas untuk ALONG.... semoga along akan dipanjangkan umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, menjadi insan yang berguna di dunia mahupun akhirat.... berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang dan menjadi anak yang bertanggungjawab kepada mama dan ayah serta adik-adik...

Tidak dilupakan untuk 2 orang lagi anak mama ... kalian semua merupakan harta mama yang paling berharga di dunia ini.... 

Mama dan ayah sayang along, angah dan juga adik sangat-sangat.....







Monday, 28 May 2012

CUTI

Assalamualaikum...erm cuti lagi.... tentunya seronok kan... tapi bagi Mama Arra memang lah tak seronok. Nak tau kenapa ermm anak yang cuti sekolah tapi mama ni kerja, so memang lah dia orang seronok , lepas subuh sambung tidur, bangun lewat.... tu lah rutin utama. Lepas tu TV, komputer game dan internet... aduhai nak-anak. Buku pun cuti gak lah kalau mama tak bising-bising. Anak mama 2 orang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini,. Yang sulong SPM, bongsu pulak UPSR... Moga-moga kedua-duanya akan mencapai keputusan yang vemerlang dan menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat kelak.

Masa berlalu dengan pantas.... hujung minggu kami semua balik ke BBST. Dah lama tak menjenguk rumah di sana tu. Dah berabuk lantai, rumput kat belakang pun dah panjang. So mama pun pulun gotong royomg bersihkan rumah tu... habis satu hari sabtu... malam balik siap gi hari belia kat putrajaya lagi... ronda bawak anak-anak. Terbang jugalah $$$$  along beli baju... Semalam Ahad petang en hubby ajak pergi lagi sekali... kali ni angah pulak nak baju. malam tu merajuk tak dapat beli baju. Lepas tu beli tudung pulak seorang sehelai... angah beli spec melaram... adiknya beli jam tangan ..... layan je lah... ingat nak dinner kat luar tapi dibatalkan pulak sebabnya dah maghrib, nak sembahyang kat masjid putra tak da parking. Nak terus gi BBB takut lepas pulak maghrib ni...jadi balik rumah sembahyang.. bila dah sampai rumah penatlah pulak. nak keluar ssemula malaslah pulaknya. Makanya nak makan kat medan selera dekat ni je... consensus pulak majoriti dah hilang mood nak keluar... makanya mama pun buatlah mee goreng aje untuk dinner malam tadi.. siang nya nak buat kek lapis pun tak jadi sebab penyakit M datang....hu..hu.. okay jumapa lain kali..





Monday, 21 May 2012

KEMBALI JUA


Assalamualaikum..... Inilalilahiwainnaillahirojiuun...Darinya kita datang maka KepadaNya kita kembali... ia nya satu Kepastian....cuma masa yang menentukan...Cousin mama telah kembali Kepada Penciptanya pada jam 7.25 am pada hari Satu yang lepas ni... Alfhatihah buatnya moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....

Jumaat lepas, mama agak sibuk di ofis, persiapan terakhir 5s kan... lepas tu balik gi pasar tani pulak beli barang-barang keperluan untuk masak hujung minggu nanti..Selesai membeli apa patut mama bergegas pulang... on the way back, my aunty called. My cousin is very-very critical now... BP is coming down, not responding at all.... mama thought the time is comming.... bersiap-siap untuk ke Selayang. Kalau pergi waktu tu takut tersangkut kat jalan... taak sempat nak maghrib nanti... so tunggu lepas maghrib then bertolak ke Selayang... Samapai di ICU, memang sedih sangat he is going.... BP low, minimal inotropic support, urine out put minimal, jaundiced, pallor and full ventilatory support... hanya dapat membacakan yassin dan pohon segalanya dipermudahkan buatnya.... tunggu sehingga hampir 12 malam, then decided to go home first... may be a fews hours more... nak rest sekejap, hopefully if anything happens we can drive back ti Pasir Gudang...Before giong home, gets information from MA in A&E regarding transport and how they are going to handle the case if something happen. Every family members are aware about the condition and pasrah dengan ketentuan NYA.

Selepas solat subuh pagi Sabtu tu, berkemas dan nak buat breakfast... received call from my aunt, my cousin dah tak da. ... inna lilla.... so bersiap ke hospital untuk uruskan jenazah...segala urusan berjalan lancar, kenderaan, pengurusan jenazah dari mandi, kafan sehingga solat jenazah di unit forensik. Ramai sahabat handainya yang hadir termasuk Ketua Pengarahnya.... syukurlah.... moga Alah merahmati rohnya... selesai semuanya dan bertolak ke Pasir Gudang jam 10.45 pagi... perjalanan  ke Selatan juga lancar dan sampai di rumahnya pukul 3 petang...bacaan yassin, tahlil diadakan... selepas tu jenazah dibawa ke masjid berdekatan dan selepas solat asar dikembumikan... urusan pengkebumian juga berjalan lancar.... hari yang mendung teramat telah bertukar cerah..... matahari yang bersinar terik dilitupi awan dan redup aje.... amin ya allah.... jam 6.30 petang selesailah semua urusan.... mama pun bertolak balik ke Batu Pahat.. bermalam di rumah kakak. Berakhirlah satu episode penantian...... Sekali lagi alfhatihah.....
.