PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 30 April 2012

CUTI

Assalamualaikum ....ermm esok 1 Mei 2012. Ianya merupakan sambutan untuk Hari Pekerja dan cuti umum si seluruh negara. Best tu.... boleh lah cuti lagikan... namum kerja mama ni tak pernah dapat cutilah... kena kerja 360 hari setahun kan.... ada  ada kerja nak buat tak kiralah cuti raya, cuti merdeka, deepavali, chienese new year ke... dan sebagainya lah kan... kerja kat rumah memang tak habis-habis. Dari celik mata hingga lah pejam mata semula... Itulah pengorbanan seorang isteri dan juga ibu.....
Namun ianya tidaklah menjadi halangan bagi mama ni... semuanya dilakukan demi keluarga tercinta...Apa yang penting kita bahagia, ikhlas dengan tugasan yang kita lakukan...


SUNYI

               

               


       Bestnya kalau dapat bersantai cam gini

        

            

Assalamualaikum....  hari ini merupakan hari terakhir bulan April.... Cepat benar masa berlalu.Bangun pagi ni suasana sunyi betul di kuarters mama arra ni. Mungkin ramai sambung cuti dan balik kampung kot. 


Mama pulak nak gak duduk di rumah tetapi keadaan tidak mengizinkan la pulaknya.  So nak tak nak kenalah buat gak kan. Dah jadi tugas dan tanggungjawab.... Pagi ni cuaca nyaman dan cerah. Tak dengar pun bunyi suara burung-burung...erm dia pun cuti gak ke?...


Sunday, 29 April 2012

BERSIH KE TAK?

Assalamualaikum....  enteri kali ni  BERSIH ke TAK? Apa yang bersih tu? Ala ni cerita pasal BERSIH 3.0 tu. Mama Arra rasa bukan nya bersih pun.... teruk betul tengok perangai segelintir masyarakat yang sanggup buat kecoh dan menyerang pihak berkuasa.... kasihan polis-polis kita tu.... kasihan kepada semua peniaga, pemandu teksi dan lain-lain yang terkesan dengan perhimpuanan semalam tu...


                                          
Perangai macam ni pun ada ...buruk betul.... macam tak bertamdun je...
Kanak-kanak juga diajak bersama  pun ada.... kasihan anak kecil yang tak mengerti apa -apa....



NO WATER

                                           



Assalamualaikum.... bersua kembali...semalam balik daripada kelas di Kolej Komuniti Banting, bersemangat.... cuba-cuba nak tukar tempalate baru... nilah hasilnya.... amacam cantik tak?

Lepas tu malam keluar makan malam dengan anak-anak kat Bangi....Balik rumah dah dekat 9.30 malam... aduh letihnya.... tertidur pulak depan TV. Hubby mama kejutkan untuk sembahyang isyak dah bagi tau air tak keluar setitik pun... aduhai.... masa tu jam dah pukul 1.30 pagi tau.... Hubby turun pergi kat surau blog sebelah  bawak bekas ambik air.... untuk sembahyang.  Adalah 2 bekas  boleh isi 10 liter tiap satu.... balance untuk subuh. Bangun awal takut semua berebut nak ambik air kat surau tu.... lepas sembahyang... kemas mana patut dan mama sekeluarga pergi ke BBST, basuh baju sekolah anak, masak kat sana, mandi dan makan selepas siap mengemas, lepas zohor balik ke Putrajaya semula. Air dah keluar... syukur alhamdullilah... kalau tak haru jugalah. kat sini tak macam rumah sendiri ada tangki air....kat blok ni mana air tangki individu tiap rumah... jadi kalau tak da iir memang susah.... bekas pun tak ada... 


Ni kali ke 2 air tak ada sejak duduk sini 4 tahun.   


Saturday, 28 April 2012

SELAMAT BERPISAH

Nampaknya kelas akan berakhir sebentar lagi...... Mama  rasa banyak perkara yang dipelajari hari ini..... Terima kasih buat Puan Salmi yang mengajar kami semua hari ini..... Buat teman-teman  semoga kita dapat berhubung di sini pada masa akan datang.....


ADDED C BOX

Pelajaran seterusnya  ...... menambah gadget CBOX di laman blog....
Tuan,puan, kakak, abang, pakcik dan makcik juga adik-adik serta anak-anak.... silalah berikan pandangan anda....


BELAJAR HYPERLINK


Pelajaran selanjutnya buat hyperlink
Meh tengok blog lagi satu  >>> di sini <<<<


SIGNATURE

Ermmm ni satu yang baru lagi. Belajar cam mana buat signature.   Maka jadilah macam kat bawah ni.... wow owesome..... up todate lah dengan IT amacam ok tak???


SAMBUNG BELAJAR

Mari kita sambung belajar...... semuanya nampak bersemangat aje....ayuh teruskan pelajaran,....


NEW PHOTO

Cari-cari nak add foto.... last dapatlah gambo ni...



oklah kan daripada yang sebelumnya ...



BELAJAR TAMBAH GADGET BLOG LIST & LINK LIST

Ni pelajaran seterusnya..... added  gadget...blog list and link list... ermm baru tau macam mana nak buat. Balik rumah nanti boleh edit semula blog ni....

BELAJAR INSERT GAMBAR

Topik seterusnya belajar insert gambar.....

 ni je gambar yang ada kat dalam PC belajar ni...

BELAJAR BUAT BLOG

Assalamualaikum..... Semoga di pagi yang ceria, indah dan nyaman ini kita diberkati Allah. Hari ini mama belajar untuk membina laman blog secara formal. Masuk kelas dan jadi murid. Dulu zaman mama sekolah tak ada lagi teknologi komputer. Jadi peluang untuk belajar IT tidak ada lagi.

Tidak seperti hari ini, anak kecil  seusia 3 tahun telah pandai bermain game di komputer. Anak-anak remaja pula tak lekang dengan facebook, twitter dan laman-laman blog gunakan telefon pintar. Mama juga tidak mahu ketinggalan untuk mempelajarinya. Agar tidak dikatakan tidak mengikut peredaran teknologi IT.....