PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 5 March 2015

HARI ANUGERAH DI MRSM KKB

Alhamdullilah semenjak anak teruna mama menjejakkan kaki ke MRSM KKB, dia dapat menyesuaikan diri dengan baik walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran sebagai pelajar junior yang sedikit sebayak dibuli secara fizikal dan mental. Satu pengalaman baru buat anak mama ini....

Diam tak diam dah masuk tingkatan 3 anak mama ni.... semakin meninjak remaja dan semakin tua lah mama kan.... Tahun ini merupakan tahun yang penting buatnya sebab dia akan menduduki PT 3. Mama sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama semua agar menjadi anak yang soleh solehah, cemerlang dunia akhirat dan dipermudahkan akan segala urusan, beroleh kejayaan akademik yang cemerlang, dapat kerja yang baik-baik dengan pendapatan tinggi, mempunyai pasangan yang baik juga bahagia hingga ke jannnah...

anak mama yang kanan tu  ermmm agak rendah banding dengan kawannya
Majlis ini diadakan setiap tahun dan sudah 3 kali anak mama dapat tapi inilah kali pertama mama dan en hubby hadir. Anugerah ini berikah kepada pelajar yang dapat pointer 3.5 ke atas pada setiap semester.