PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 7 April 2016

HOLIDAY KE TERENGGANU

Dah lama betul mama sekeluarga tidak jalan makan angin bersama keluarga. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja sebab nak hantar anak mama masuk mtrikulasi di Changlun Kedah 2014. Sempat la menyinggah ke Perlis dan Pulau Pinang. Tapi tak cukup korum la sebab angah dah kena tinggal kat asrama.... jadi tak best.

Semenjak anak mama masuk asrama masa 2013, along pulak belajar di Pantai Timur, memang susah nak jalan cukup korum. Tahun 2013 tu mama memang tidak sihat, jadi setahun tak berjalan. Apa taknya MC pun 4 bulan kan....2014 pula sibuk nak pergi Haji, ikut kelas TH dan balik haji pulak en huby tidak sihat  3 minggu di Hospital Serdang... 2015 macam-macam alkisah juga.. PT3 anak teruna so tak sempat jalan. September 2015 Angah masuk UPM. Lagila tak sempat nak cuti sama hujung tahun lepas. Sikececik cuti sekolah, angah dah masuk semester 2... aduhai memang sukar nak cuti cukup korum. Ada tak danya cuti yang cukup korum ialah tahun baru cina, raya haji raya puasa... krismas... tapi tu pun susah sebab ada yang cuti pendek je...kecuali yang sekolah kan. So mengambil kesempatan cuti tahun baru cina baru-baru ni mama sekeluarga berjalan ke Terengganu memandangkan anak-anak belum pernah ke sana kecuali along yang pernah pergi Tasik Kenyir ikut aktiviti sekolah menegah beberapa tahun dulu.

 Mama booking hotel pun last minit. Kebanyakan hotel penuh. Nasib baik dapat duduk hotel ni, walaupun harganya agak mahal bagi mama iaitu semalam RM 380.00. Duduk 2 malam sahaja.

Memulakan perjalanan seawal 4.30 pagi dari rumah. Hajat nak bertolak lebih awal tapi lewat bangun la pulaknya. Samapi 2 km susur keluar Gombak dari MRR@, jalan jem yang amat teruk . Sudahnya lepas azan subuh baru lepas Tol Gombak. Ingatkan dan boleh sampai Kuantan dalam pukul 7 cam tu... hu hu...hu
Alhamdullilah lepas tu jalan ok. Samapi KT pukul 12 tengahari. Hujan dan mendung dalam perjalanan tapi tak lebat.  Check in hotel. Lepas tu keluar balik pergi makan tengahari. Hanya jalaan kaki sahaja. Hotel tu tengah bandar dekat aje nak ke pasar payang, pantai, dan cina town. Lepas makan gerak ke Pasar Payang.
Ronda-ronda lepas tu balik hotel. Rasanya barang-barang agak mahal juga. Anak-anak je yang beli baju T. Beli jugalah sikit buah tangan. Lepas tu balik bilik. Malam keluar lagi jalan  keliling bandar. Makan KFC la pulaknya malam tu..Penat pulak kan dari jam 3 pagi tak rehat. Balik awal tidur....
Esonya pergi sarapan nasi dagang dekat kedai makan yang tak jauh dari hotel. Lepas tu bertolak untuk ke Muzium,  Tamdadun Islam dan Masjid Kristal. Balik sinngah makan keropok losong yang popular tu. Lepas tu ronda bandar la pulak. pergi Pantai batu buruk, sinnggah cina town. Rupanya hari Ahad tu bandar KT jem teruk... dekat maghrib balik bilik. Solat lepas tu keluar makan malam dan pergi jalan kat pantai dan cina town lagi. Ank-anak nak gi posing .
Penat ronda balik jam 11 malam.
Esok pagi lepas sarapan bertolak balik. Ikut jalan pantai singgah masjid terapung, pantai kelulut , dungun dan kemamam makan sata dan otak-otak.... lepas tu patah balik masuk lebuhraya LPT 2 terus balik. Alhamdullilah selamat sampai rumah. Anak-anak tidur dalam perjalanan balik kepenatan.

Jom layan gambar pulak;


jem teruk tu jam belum 5 pagi di 2 km susur keluar tol Gombak