PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 27 July 2015

RAYA 2015

Assalamualaikum. Mama ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri walaupun dah masuk hari ke 12 Syawal hari ini. Kebanyakkan kita telah habis cuti raya kan dan kembeali semula ke rumah masing-masing untuk menjalani kehidupan seperti sedia kala. Anak-anak dah mula bersekolah semenjak Rabu lepas. Namun ada juga yang masih tidak bersekolah kerana menambah cuti sendiri di kampung atok dan nenek masing-masing. Anak mama telah kembali ke sekolah pada Selasa lepas lagi. Kami balik kampung sekejap aje. Kedua-dua belah pihak mama dan en hubby telah kehilangan ibu bapa masing-masing. Jadi balik pun tak lama la. Semalam di rumah kakak mama dan semalam di rumah abang sulung en hubby. Pas tu berhari raya ke rumah abang mama, anak sudara mama, rumah abang ats en hubby mama, maccik en hubby mama. Tahun ini jumlah rumah yang hendak dizirahi dah berkurangan kerana beberapa orang makcik dan pakcik telah kembali menemui penciptanya. Maka tiadalah sesiapa dirumah mereka. Sebelah mama semua mak saudara sebelah ibu dan abah mama semuanya dah tiada. Tingallah sepupu sepapat aje. Dapatlah mama berjumpa beberapa orang sepupu sepapat  yang jarang-jarang dapat berjumpa. Sempat juga ke Pontian singgah rumah sepupu mama di sana selepas menziarahi sahabat mama di Johor Bahru pada hari raya ke dua.

Dah lama mama tak ada tema warna semasa berhari raya tapi tahun ini en hubby setuju nak beli baju melayu baru dengan pilihan warna biru turqouise. Jadi kami semua belilah baju sama warna. Rupanya bila balik kampung ramai yang pakai warna sama rupanya. Adik en hubby sekeluarga dan abang sulung en hubby serta sepupu en hubby pun pakai warn yang sama.... acam berjanji la pulaknya.... meriah gitu..
Meh layan gambar raya pulak....

dalam perjalanan balik ke Batu Pahat, berhampiran exit Tangkak beberapa buah kereta telah mengalami kemalangan dalam keadaan hujan yang agak lebat. Mungkin follow rapat sangat kot... tak sempat brek ...

Sekian.... maaf zahir batin