PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 1 November 2013

GRADUATION DAY



Assalamualaikum.... enteri kali ini berkaitan graduation day atau Hari Graduasi (HG) .... lebih dikenali dengan Hari Konvokesyen kalau di institusi pengajian tinggi.

Cerita pasal HG ni.... ianya adalah untuk mereka-mereka yang belum pun mengenggam segulung ijazah lagi tapi ianya dibuat untuk murid tadika yang tamat belajar di tadika.... lepas tu semenjak dua menjak ni pihak sekolah menengah pulak yang menganjurkan majlis graduasi ni. Siap pakai jubah dan topi empat segi macam graduan universiti yang menerima ijazah di majlis konvokesyen yang gilang gemilang....

Masa anak-anak mama tadika memang mengujakan masa majlis hari graduasi ni  yang berlaku hampir  15 tahun yang lepas. Meriah sungguh kat sekolah tadika... penuh ibu bapa dan adik beradik datang meraikan majlis tersebut.... lepas tu hampir 10 tahun berlalu.... dalam sedar-tak sedar pihak sekolah menengah juga telah mengadakan majlis graduasi ini....

Pelajar di arak masuk ke dewan segak dan anggun memakai jubah dan topi empat segi.... semua pelajar berpeluang naik ke pentas dengan berpakaian jubah dan topi ini.... siap ada juru foto profesional lagi.... pelajar perlu membayar untuk mendapatkan foto tersebut... meriah kan...

Kalau dulu-dulu hanya yang masuk universiti ambil ijazah aje yang boleh merasa berpakaian jubah dan topi segi empat ini.... kalau buat diploma pun dulu tak merasa nak pakai topi segi empat ni... tapi keadaan telah berubah..

Kini paling tidak setiap murid merasa memakai jubah dan topi segi empat ini 2 kali dalam hidupnya masa tadika dan juga masa tamat tingkatan 5... dan bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke menara gading akan berpeluang untuk meyarung jubah dan topi segi empat ini semasa hari konvokesyen kelak... inilah hari yang dinanti-nantikan oleh setiap ibu bapa yang menginginkan anaknya berjaya dari segi akademik.... dan harapan mama dan en hubby untuk anak-anak mama agar tidak jemu belajar sehingga ke peringkat yang tertinggi dan mencurah bakti untu negar bagi mendidik anak bangsa menjadi insan berguna dunia akhirat...

Insyallah beberapa tahun lagi anak-anak mama akan menghadir majlis konvokesyen sebenar... amin ya rabbbal alamin...