PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday 17 October 2016

TERBANG DENGAN MALINDO


Assalamualaikum, Agak lama juga mama menyepi kerana penyakit M mendatang... Kali ni mama nak ceritakan pengalaman mama naik Malindo. Sebelum ni mama biasanya naik MAS bukan selalu pun adalah beberapa kali atas urusan kerja dan jenjalan sekali sekala. Naik Air Asia pun pernah la tapi sekali je dulu la...ke Langkawi. Biasanya kalau urusan kerja memang ofis belikan tiket MAS melalui waran udara. Tapi memandangkan keadaan ekonomi semasa pihak pengurusan kat ofis mama tak bagi gunakan waran udara. Semua kena beli tiket sendiri dn buat tuntutan kemudian.

Awal Muharaam baru-baru ni mama kena ke Penang dengan bos mama. Bos mama ajak naik Malindo. Nak cuba katanya. Mama ikut je la... masing-masing beli tiket online. Ni first time mama beli tiket on line guna kad kredit. Belajar dari bos mama macam mana nak buat....

Malindo ni ada 2 tempat naik boleh pilih kalau di tengah2 ni.. nak pilih Subang atau KLIA. Memandangkan rumah mama dekat dengan KLIA, maka mama pilih KLIA la kan. Mudah nak ke airport nanti.

Bos mama ajak beli tiker Business class.... sebab harga tiket BC ni lebih kurang sama dengan harga ekonomi Mas...so ok lakan... tapi kalau beli tiket ni mama telah dimaklu kan reimbursement hanya untuk tambang pergi balik dan insuran sahaja... kalau tambahan yang lain kena bayar sendiri dan tidak boleh buat tuntutan... so ok jer la kan nak pergi pun 2 malam je, beg kecik jer angkut naik kabin la.

Hari yang ditetapkan mama ke KLIA dan jumpa kawan di sana nak ke Penang gak dengan Malindo... ok la ada kawan...masa ni bos mama tak smpai lagi. Kalau MAS ke Air asia check in online sendiri kan... tapi malindo ni kena beratur untuk check in kat kaunter... eermmm panjangnya barisan... dan separuh jalan beratur nampak papantanda untuk BC... so keluar dari barisan terus ke kaunter 17 dan 18... sekejap je la check in nya kan... Mama diberikan meal vaucher bernilai  RM 20 yang boleh digunakan di kafe yang tertera di vaucher tu... lepas tu terus ke check in kat penerbangan domestik ... baru nak cari kafe tu.... rupanya kafe tu kat luar tadi searas masa check in... so tak boleh patah balik...redha jer la tak ada rezeki kan....

Malindo ni pesawat nya agak baru... baru 3 tahun... so dalam nampak ok lagi la kan. Pramugari Malindo ni mama rasa lebih mesra denagan pelanggan banding dengan air asia atau Mas.
comel jer kan gelas ni

hidangan yang disediakan waktu pergi

cuba semua yang ada

test...tak sempat nak tengok movie dah samapai...hahahaha

Hidangan balik ni mewah sebab flight lambat ... compensate la kan..