PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 18 February 2016

MRSM TAIPING ;berkampung di sini 2 tahun


Assalamulaaikum buat semua yang menziarahi di sini. Semoga kita terus diberikan kesihtan yang baik dan diberkati kehidupan dunia dan akhirat.

Alhamdullilah  Isnin lepas 15 Februari 2016, anak teruna mama telah memulakan pelajaran di sekolah yang baru di MRSM Taiping. Tahniah buat anak mama dan rakan-rakannya seramai 35 orang yang berjaya menempatkan diri di MRSM dalam tingkatan 4. Semoga anak mama dan rakan-rakan yang lain akan berusaha bersungguh -sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang di sini dalam SPM 2017.

Memandangkan mama tak pernah ke Taiping sebelum ini, maka kami bertolak awal sehari iaitu hari Anad petang dan bermalam di Hotel Legand In  di bandar Taiping. Kami duduk bilik standard aje.. alhamdullilah bilik amat luas dan memuaskan berbaloi dengan harga murah yang dikenakan. Hotel pula sebelah masjid, jadi en hubby dapat solat berjemaah untuk subuh. selepas check in hotel, kami keluar untuk ke MRSM pula, supaya pagi esok mudah untuk kami terus kesana. Alhamdullilah mudah aje dan tak jauh hanya 3.5 kam aje dari hotel. Lepas tu kami makan malam dan seterusnya ke Taiping Mall untuk beli blous yang angah nak sebab angah ada event di UPM untuk jadi MC dengan tema blous putih. Mudah nak beli sebab ukuran badan sama dengan anak teruna mama ni. Pilih baju, ambil gambar dan hantar whatsapp untuk confirm. Mudah bukan zaman sekarang ni dengan teknologi masa kini. Alhamdullilah settle, angah nak pakai baju ni 18 Fenruari. So balik Taiping terus hantar nanti.

Pagi esoknya, kami check out hotel 7.30 pagi. Dalam perjalanan ke MRSM singgah sarapan di warung sulu, Tersukan perjalanan dan sampai 8.15 pagi di pagar sekolah. Banyak sudah kereta parking jadi mama dapat parking berhampiran pinti gerbang sebelum masuk pagar sekolah... kira-kira hampir 100 meter kot...

Proses pendaftaran berjalan lancar. Setelah pendaftaran, kena angkat barang ke asrama. asrama agak jauh gak la di bahagian belakang sekali. Masuk pagar sekolah sebelah kiri ialah surau dan kanan blok pentadbiran. Pendaftaran di buat di blok ini. Selepas itu, kami terus angkut barang ke asrama. Di sini, pelajar ditempatkan dalam dorm, bukan bilik macam di KKB. Anak mama duduk tingkat atas, blok asrama hanya 2 tingkat sahaja. Namun begitu terdapat partition bagi setiap 2 katil . Keadaan asrama sangat bersih tiada sawang mahupun habuk. katil telah ada cadar dan selimut terpasang. Cuma bantal tiada. Alhmdullilah selesai urusan di asrama jam 9.30 pagi. Lepas itu, pergi ke koperasi untuk ambil baju batik dan T Shirt orientasi serta sarung bantal.

Jam 11.15 pagi taklimat ibu bapa oleh pengetua MRSM, seterusnya perjumpaan home room dan pelajar dibenarkan keluar bersama kelurga masing masing sehingga jam 6.00 petang. Mama pun keluar makan tengahari dan seterusnya kembali ke sekolah, solat zohordan asar jamak, hantar anak mama ke asrama dan bertolak balik kira-kira jam 3.30 petang. 

Alhamdullilah mama dan en hubby selamat sampai rumah sebelum maghrib. Esoknya kami bercuti sambung cuti sebab kepenatan...
Jom layan gambar pulak


pagar masuk sekolah
menyemak nama di kaunter semakan

sebahagian teaman seperjuangan dari KKB yang sama mendaftar

Tempat beradu anak mama
Teman baru katil sebelah : Hanafi... orang perak

Berbual dengan atuk dan nenek hanafi
ukur saiz baju dulu sebelum ambil

Taklimat ibu bapa

Perjumpaan dengan home room

Takwim setahun untuk rujukan ibu bapa

Hiasan landskap yang cantik

surau dari depan
bangunan pentadbiran

pandangan depan pentadbiran

landskap jalan masuk ke asrama belakang tu kawasan berbukit yang cantik dan boleh nampak air terjun


KISAH PT3 2015

Dulu LCE. Lepas tu SRP . Lapas tu lagi PMR. Terkini PT3. Peperiksaan bagi pelajar tingkatan 3. Semalam keputusan PT3  telah diumumkan secara rasminya. Namun keputusan PT3 ini tiadaklah segah keputusan UPSR ya. Ini disebabkan keputusan ini sebenarnya sudah diketahui sebelum cuti sekolah bermula lagi. PT3 ini merupakan tahun kedua ianya dijalankan. Jika tahun 2014 ramai ibu bapa dan kalangan pendidik  sendiri tidak puashati mengenai PT3 ini, tapi kali ini tidak banyak isu ketidakpuashatian ibu bapa dan guru yang kedengaran. Mungkin dasar ini telah sedikit sebanyak dapat diterima oleh warga pendidik dan ibu bapa.

Alhamdullilah mama besrsyukur anak teruna mama mencapai keputasan yang memuaskan walaupun tidak dapat straight As. Namum begitu masih banyak ruang untuk memperbaiki keputusan peperiksaan yang paling penting dalam alam persekolahan iaitu SPM 2 tahun dari sekarang. SPM menentukan hala tuju anak-anak ini untuk belajar keperingkat yang lebih tinggi .

Sebelum anak mama duduk peperiksaan PT3 ini, mama dah tengok soalan bagi percubaan matematik dan sains. Pada pendapat mama soalan yang dikemukakan memang sukar. Untuk memahami soalan matematik juga mengambil masa yang agak lama dan untuk mencari jawapan perlukan kemahiran yang tinggi. Begitu juga soalan sains. Kasihan juga la kat anak mama ni. Kurikulum PT3 ini tidak sama dengan PMR yang mana soalannya adalah lebih mudah. Ada pilihan soalan objektif. Tak dapat boleh tembak aje, kebarangkalian untuk betul itu ada. PT 3 ini pula semua soalan subjektif, tak tau memang tak boleh jawab la jawabnya....

Namun mama bersyukur sangat dengan keputusan yang nak mama perolehi. Tapi bagi cucu saudara mama, iaitu cucu bongsu anak sulung kakak mama  gagal mendapatkan keputusan yang baik . Banyak subjek utama yang gagal iaitu matematik, sains dan English. Bagi ujian lisan BM dan english juga kurang memuaskan sangat. Sekiranya keadaan ini berterusan maka agak sukar baginya untuk menduduki peperiksaan yang lebih besaar iaitu SPM. Mama harap  dia akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan ini bagi menduduki SPM 2017.

Mama juga berdoa agar anak-anak mama semua berjaya dengan cemerlang dalam bidang pelajaran, mendapat pekerjaan yang baik, jadi anak soleh dan solehah, diberkati kehidupan dunia dan akhirat.