PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 4 December 2014

PENGALAMAN HAJI 2014: BHG 5

sambung kisah semalam....jemaah yang selesai tawaf dan saie pada malam tu dah keluar dari larangan ikhram. Mama masih belum lepas lagi larangan ikhram. Pagi esok selepas solat subuh berjemaah di hotel, semua jemaah yang belum menyelesaikan kerja umrah diminta untuk berkumpul jam 7.30 pagi di lobi hotel. Selepas itu kami dibawa ke masjidilharam dengan berjalan kaki. Jarak antara hotel mama dengan masjidilharam agak jauh... ianya terletak di atas bukit  bertentangan dengan menara jam ... kiranya di bahagian belakang masjidil haram... perjalanan samapi ke marwah iaitu penamat saie adalah kira-kira 750 meter...dan untuk sampai ke kaabah lebihkurang 550 meter lagi... jadi perjalanan hapir 1.3 km sehala.
Memandangkan kami merupakan jemaah KT 01, maka keadaan di dataran kaabah belum padat lagi. Sepanjang perjalanan mama tidak pputus-putus berdoa agar dipermudahkan segala urusan, diberikan ruang untuk menunaikan solat...alhamdullilah sebaik sahaja sampai di masjidil haram, hati berdebar-debar tidak sabar untuk melihat kaabah. Subhanallah sebak dan syukur apabila mata terpandang kaabah yang indah di depan mata sendiri... air mata dengan sendirinya berjujuran... betapa kerdilnya diri ini di sini melihat kebersaran dan keaggungan yang Maha Esa... Allahuakbar. Selesai tawaf, mama dan en hubby sembahyang sunat tawaf, berdoa dengan deraian air mata, penuh keinsafan memohon ampun atas segala dosa-dosa yang mama lakukan sepanjang hayat mama... allhuakbar... air mata menitis laju.... Yang Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa hambamu ini, hambamu ini seorang insan yang amat kerdil yang sentiasa mengharapkan pertolongan dari Mu Ya Allah. Hambamu ini datang dengan banyak dosa kepadamu Ya Allah... Ampunilah hambamu ini

Selepas itu, mama dan en hubby meneruskan untuk melakukan saie. Alhamdullilah semuanya selesai dalam tempoh 2 jam setengah.... bertahalullah kami ..syukur pada mu YA Allah.

Kaabah pertama kali di depan mata Subhannallah

Berehat selepas selesai umrah pertama