PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday 4 February 2014

HUKUM MELABUR DALAM ASB/ASNB

Kadar tahun 2013

Kali ni mama nak cerita pasal ASB. Awal tahun 2 Januari 2014, mama cuti sebab nak hantar anak mama balik MRSM. Jadi selesai urusan tu mama pun ke pejabat pos nak buat urusan kiriman pos express. Mak ooi punyalah ramai orang. Tak jadilah nak tunggu sebab masa tu dah pukul 2 petang dan giliran mama ada 130 orang lagi... so cabutlah. Pergi pulak may bank nak buat bank draf, ermm penuh jugalah bank. Nak ambil nombor pun beratur. Apesal ramai sangat orang sana sini ni... rupa-rupanya orang dok ambil dividen ASB. Tak ingat langsungla mama pasal tu...

Banyak yang kata melabur dalam ASB ni haram. Tapi Majlis Faktwa Kebangsaan mengatakan harus.
Boleh rujuk kat sini pasal perbahasan tu http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanyahttp://www.propertywaltz.com/2013/08/amanah-saham-bumiputra-asb-haram-atau.html   dan boleh juga baca http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html

Baru-baru ni suami mama balik kerja bagi tau kat tempat kerjanya ada jemput seorang ustaz bagi kuliah, dan disentuh topik melabur dalam ASB. Haram katanya. Umpama segelas air, jika termasuk najis seperti tahi cicak, maka air tersebut adalah najis dan haram untuk diminum atau menyucikan. Itulah contoh yang diberi. ASB tu 30 % tidak pasti pelaburannya katanyalah. Maka seperti perumpaan yang diberikan maka ianya haram...

Tapi ada seorang sahabat suami bertanya kalau air tu lebih 2 kolah, dah ada najis yang tidak mengubah warna, bau dan rasa air tersebut, maka air itu ada suci lagi menyucikan... macam mana dengan perumpamaan ini..... tergamam gak ustaz tu..... tu tak cerita lagi air laut yang ada macam-macam dalamnya kan, tapi tetap suci lagi menyucikan...ditanyakan jugalah kakitangan kerajaan ni terima gaji cam mana haram juga ke??? Sebab gaji ni dari wang yang disatukan....?????

Jadi terpulangkan kepada diri masing-masing. ASB adalah salah satu cara bagi orang melayu untuk bermain saham... kalau yang lain kita tak pandai.....


Bronchoscopy @ Serdang Hospital


Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa diberkati olehNYA. Diam tak diam dah masuk bulah Februari 2014. Januari 2014 menyaksikan mama telah mengambil cuti sakit 3 hari. Hajat dihati tak mahu ada MC tahun ni tidak kesampaian. Kesihatan mama yang tidak menentu menyebabkan mama terpaksa mendapatkan rawatan. Hampir sebulan mama batuk. Dengan sejarah mama melakukan pembedahan thoracotomy, mama terpaksa dirujuk semula ke Pakar Respiratori, dulu di Institut Perubatan Respiratori KL. memandangkan aian jauh, dan jalan pulak selalu jem, maka mama minta hospital yang dekat aje, malangnya Hospital Putrajaya tak da lah pulak pakarnya, jadi mama dirujuk ke Hospital Serdang. Macam yang mama ceritakan sebelum ini, mama telah diberikan Unasyn 375 mg BD untuk seminggu. Ujian darah dah kahak dilakukan dan semua keputusan ujian adalah memuaskan. Pakar merancang untuk melakukan ujian bronchoscopy untuk melihat secara terus ke dalam paru-paru dan mengambil sampel yang sepatutnya dan ditetapkan tarikh pada 24 Januari 2014. Tension gak mama nak buat ujiannya. Memang tak pernah tengok secara life tapi OGDS tu biasalah. Memang menyakitkan juga. Bronchoscopy tu mama bayangkan lebih kurang sama lah. Cuma ianya akan dimasukan ke trachea, OGDS masuk ke esophagus untuk lihat esophagus, perut dan deodenum  iaitu saluran pemakanan.

 Sebelum ujian dilakukan pakar telah menerangkan mengenainya. Mama akan diberikan local anaesthetic spray di tekak dan hidung sebelum scope dimasukkan. Mama akan rasa pahit dan macam pedas katanya..
Diminta juga berpuasa muali jam 12 malam sebelum hari tersebut. Mama juga akan diberikan sedation untuk bagi mama tidur iaitu fentanyl dan dormicum.

Hari yang ditetapkan mama ke Day Care Hospital Serdang. Lepas pendaftaran, terus ke wad day care, diberikan katil dan juga baju untuk ditukar sebelum procedure dilakukan. Venofix dipasangkan untuk memudahkan ubat dimasukkan untuk bagi mama tidur. Setelah itu, mama ditolak bersama katil ke bilik prosedur bronchoscopy.

Spray tekak dan hidung diberikan . Ermm boleh tahan juga penangannya. Sampai berair mata dan merah . Nasib baik tidak begitu lama. Selepas tu sedation diberikan. Kemudian scope mula dimasukkan melalui hidung sebelah kanan. Mama dah terbayang aduh sakitnya..... baca bismillah dan mohon doa kepada Allah semoga dipermudahkan. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Mama rasa prosedur tersebut tidaklah begitu menyeksakan berbanding dengan ETT tube masa di ICU kat IJN tempoh hari. Tak lama dalam 15-20 minit aje. Ubat tidur yang diberikan tidak berkesan pada pada. Mama jaga setiap saat dan dapat tengok image melalui monitor yang disediakan. Alhamdullilah semuanya baik kata pakar berkenaan. Sampel diambil untuk C&S dan TB work up.

Selepas prosedur, mama batuk sampai termuntah. Banyak lendir yang keluar dan lepas tu mama rasa lebih baik. Petangnya mama dah tak batuk. Alhamdullilah....