PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday 10 January 2014

PENANTIAN

Hati mama sentiasa berdebar-debar. Sentiasa menunggu-nunggu surat dari TH. Mama semamangnya berdoa agar tahun ini mama akan menerima jemputan dariNYA. Mama tak sabar nak melihat Kaabah. Semoga hajat mama dipermudahkan dan dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ni bersama en hubby. Dah beberapa kali mama hubungi TH centre.... sebab mama dimaklumkan surat tawaran batch yang pertama telah dikeluarkan,,,yang mana kumpulan ini merupakan kumpulan yang akan pergi pada tahun ini juga.

Semalam adalah tarikh terakhir untuk mereka memberikan maklumbalas penerimaan atau penolakkan. Dan hari ini semua data akan dikemas kini dan surat tawaran batcah ke dua akan dikeluarkan minggu depan. Mudah-mudahan mama dan en hubby akan tersenarai dalam batch ke dua ini.

Tiap-hari bila balik aje kerja tengok peti surat ada tak.... hu..hu
Mama telah merancang hanya ALLAH yang menentukan. Semoga diperkenankan olehNYA.

                                                    
Sekarang ni kalau nak pergi haji kena daftar dengan tabung haji dulu. Tak kiralah nak ikut package ke muaasaasah. Yang penting daftar dulu... kalau tak daftar memang susahla. Waktu menunggu la ni kira-kira 50 tahun tau.... masa mama daftar anak mama tahun lepas dalam bulan sept atau okt dapat giliran tahun 2045.... mak ooi masa tu anak mama yang bongsu pun dah 60 tahun.... mama daftar 3 orang sekali. Hanya perlu ada akaun TH dan duit simpanan sebanyak RM 1300 sahaja. Daftarlah untuk anak-anak kita  sebab tahun menanti tu lama la sangat. Mungkin mereka akan dipanggil lebih awal kalau kouta yang ditetapkan oleh pihak Arab Saudi bertambah nanti. Apa pun daftar dulu.....