PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday 22 October 2013

PELUANG OH PELUANG



ORANG BIASA CARI PELUANG
ORANG PANDAI CURI PELUANG
ORANG PEKA REBUT PELUANG
ORANG HEBAT CIPTA PELUANG
ORANG RAJIN KUTIP PELUANG
ORANG LAMBAT CICIR PELUANG
ORANG LEKA LEPAS PELUANG
ORANG SENGAL TOLAK PELUANG
ORANG LEMBAP TUNGGU PELUANG
ORANG MALAS TIADA PELUANG




BAJET @ BUDGET 2014

More analysts warn of property price CURBS in Budget 2014

Assalamualaikum... agak lama menyepi di sini sebab mood yang ke laut... ermm apa pun sebenarnya banyak yang nak dikongsi tapi penyakit M datang... tu yang susahnya. Pemilihan UMNO dah selesai...kini semua rakyat menunggu bajet 2014 yang akan dibentangkan oleh PM pada jumaat ini.... kalau dulu semua orang tak ambil kisah pasal bajet ni tapi sejak dua menjak ni semua orang dok tunggu bajet ni atas alasan tersendiri...
Ada tak bonus bagi kakitangan awam tahun ni... mama taklah harap ada bonus tu...ceewah... tapi kalau dah bagi tu terima ajelah takkan nak tolak kan... rezeki namanya tu hi...hi..hi..
Ada tak penurunan cukai individu... ermm yang ni memang mama tunggu-tunggu...sebab kerja gomen ni mana boleh lari cukai kan....
Ada tak pemberian BR1M ditambah lagi tahun depan...hu..hu... yang ni mama memag tak dapatla...hu..hu..hu
Berapa bajet organisasi mama kerja ni dapat..... yang ni penting sebab kalau tak semua yang terlibat frust..buat kertas kerja macam-macam pas tu duit tak dapat...buat letih je...dan orang awam pulak komplain tak cukup ubat la... tunggu lama la kat klinik dan hospital....klinik daif.... peralatan tak canggih... dan yang lain sewaktu dengannya...
Ada tak pengurangan cukai kereta... ni pun ramai yang tunggu... bolehlah fikir-fikir nak beli kereta baru honda ke, toyota ke, nissan, voksegan...bmw.. merc... aduhai..angan-angan....
Ada  tak  dapat apa lain yang menguntungkan rakyat... harga barang kawalan bertambah lagi ke... kedai rakyat 1 malaysia.... klinik rakyat 1 malaysia....
Ada tak kemudahan untuk orang kampung... pasang lampu jalan ke..sebab kat kampung punyalah gelap jalan... kalau letak lampu tiap 30 meter pun kira dah ok... tak perlulah meriah macam lampu kat putrajaya ni...
Masih ada jalan kampung yang tak berturap, kalau berturap pun punyalah kecik dan dah rosak sana sini...
Takrif air dan letrik ,,,,akan naik ke?... Harap-harap tak la..
Apa pun meh sama-sama kita tunggu bajet pada hari jumaat ni...