PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday 2 October 2013

Angka 40 Sebelum dan Selepas

 

Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja dengar siaran radio klasik nasional.... emmmm dah masuk golongan 40++ series.... anak tak suka siaran ni... ha..ha.. tapi mama dan en hubby suka...

Pagi ni HM Tuah yang terkenal tu cerita pasal angka 40.... kalau nak berubah mesti sebelum 40, Kalau dah lebih 40 tu memang susah lah sebab dah jadi tegar atau tabiat....

Kalau nak kaya pun kena kerja kuat sebelum 40, Kalau nak kurus  pun mesti buat sebelum 40, kalau nak ke surau pun kena buat sebelum 40... bukan tak boleh berubah kalau dah 40 boleh tapi susah.... itulah katanya. Kalau nak ramping bukan buat senaman pada umur 50 tahun.... bukan tak boleh nak ramping kalau dah 50 boleh tapi susah nak dapat, cam tulah kalau nak muka cantik kena lah jaga sebelum 40... kalau dah 50 baru nak licinkan muka ermmm payah la....

Mama rasa betul. Kalau nak senang hidup ni, kena buat simpanan tetap tiap bulan dari dapat gaji pertama sekurang-kuranya 10 %. Lebih lagi baik. Letakkanlah dalam satu akaun atau unit mamah dan jangan ambil keluar termasuk dividen dan bonus yang diberi... Insyallah selepas umur 40 anda akan dapat hasilnya... ibarat menanam pokok dan ianya akan berbuah lebat tanpa henti dan anda akan dapat memetik hasilnya... ini yang dikatakan duit yang berkerja cari duit..... sebab tulah orang kaya bertambah kaya ... sebab dia banyak hartatanah, melabur sana sini..... hujung tahun melancung serata dunia  sebab dia banyak duit.... fikirkanlah...