PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 13 June 2013

OPERATION @ IJN Part 4

Assalamualaikum... sambung cerita di ICU... lepas cabut tiub ETT tu nurse pun tanya nak call en hubby ke... erm mama kata ya... dia pun call lah... tak lebihkurang dah dekat pukul 6 ptg masa tu. Rupanya di IJN masa melawat di ICU cuma dari jam 1 pm  hingga 2 pm dan 6 pm hingga 7 pm. Waktu lain tak boleh..yang ni kalau kat hospital kerajaan  waris terdekat boleh melawat bila-bila masa. IJN tak boleh kecuali kalau dipanggil oleh doktor aje lah.

So mama tanya en hubby pukul berapa mama habis operation. Katanya pukul 12.30 tengahari dan terus ke ICU. Pakar dah terangkan keadaan maam pada en hubby dan tunjukan gambar ketumbuhan tu. Dimaklumkan ianya sebesar 10 cm diameter... ermmm besar tu kan..

Mamadah boleh minum clear water... kalau ok boleh ambil milo.... sakit... memng sakit.. nakcakap pun amat perlahan dan suara macam susah nak keluar..

Mama tengok punyalah banyak drip di tangan.... 6 line ada.. ECG monitor lagi... drainage lagi dan PCA (Pain Controlled Anagelsia). PCA mama control sendiri.. kalau sakit mama tekan je button tu dan ubat pun masuklah lalu macam drip..
The Graseby 9300 Ambulatory PCA
mama pakai cam ni masuk dalam beg macam beg sandang kecil org  pergi haji tu
 Mama diberikan ubat yang namanya fentanyl... kesan sampingannya loya, muntah... yang nilah mama tak tahan ni.. kalau nak muntah tu masyallah subhanallah sakitnya...mama diberikan intravenous zofran..ubat tahan muntah.... habis 3 dos dah dihentikan.

Sepanjang malam di ICU mama memang tak boleh nak tidur. Baru nak terlelap dah jaga, pesakit depan batuk lah, nurse jalan lah,,, asla dengar bunyi je mama sedar..tapi mama memang tak larat sangat-sangat.

Yang tak boleh lupa jam 4 pagi dia orang dah lap semua badan mama dengan air... sebab tak boleh mandikan.. cuci gigi.. sejuk mengigil-gigil.... 20 minit cam tu..

Lepas tu mama tekan PCA agak kerap . Adalah 4 kali sampai jam 8 pagi. Pagi tu mama minum milo sikit. Leas tu mama rasa semacam aje.... rasa loya macam mabuk laut tu.... memang mata tak selesa dan sejam lepas tu mama muntah. Subhanallah sakitnya muntah tu..mama rasa barulah lega... tapi keadaan mama memang tidak berdaya.... mama loya  lagi..takutlah nak makan kan.... Dia orang dah nak discaj from ICU tapi tak jadi sebab mama memang dah lembik masa tu....

Pukul 1.00 pm anak2 sampai.  En hubby dan anak2 tunggu sampai malam..Keluar ICU hampir 4.00 pm. Balik semula ke wad sebelum bedah tapi bilik lain. Bilik yang ada monitor..  sambung nanti ya

OPERATION @ IJN PART 3

Sambung cerita  opertion ya... sebelum op mama duduk bilik lain. lepas op bilik lain. Jadi malam sebelum op tu nurse dah bagi tau suruh pack semua barang. Pagi esok sebelum pergi op barang tu akan diletakan dalan sebuah bilik khas kerana selepas op mama terus dimasukkan ke ICU. Bilik akan dikosongkan dan diberikan kepada pesakit lain. So en hubby tak da bilik nak duduk. Kasihan... Dalam bilik tu ada disediakan katil untuk yang menjaga ...so tak da masalahlah nak tidur... kalau kat hospital kerajaan yang menunggu tidur di kerusi aje la kan.. sakit badan... di IJN  semuanya bagus..... kalau duduk single room lah..

Memandangkan tak ada tempat tinggal maka mama bagi tau en hubby supaya book dorm kat IJN. Dalam dorm tu ada 7 katil dengan bayaran RM 30.00 sehari..oklah tukan. Tapi mam dah cuba book awal, pihak IJN kata tak boleh... no booking. So kalau ada esok adalah bilik untuk en hubby. Kalau tak mama kata kat en hubby balik rumahlah setelah mama masuk ICU sebelah petang. Sebab kat ICU bukan boleh tunggu. Pagi esoknya datang dengan anak-anak.

Mama sedar dah ada kat ICU kan.. tapi tak boleh nak cakap. Hanya buka mata dan nampak en hubby dekat mama. Lepas tu macam mamai aje... sakit tak usah nak cakap lah... dah sedar tapi ETT (endotrachea tube) masih in situ... hanya Allah aje yang tau macam mana rasanya... ad benda dalam saluran pernafasan anda... double lumen tube..makna nya 2 kali size yang biasa tu...

cam nilah rupanya yang dimasukkan melalui mulut



cara nak masukan ETT tube ni  dilakukan semasa didewan bedah untuk tujuan  pernafasan
Lepas tu hujung tiub akan disambungkan pada mesin pernafasan......
Mama dah sedar sepenunya... sakit yang amat sangat. Nak cakap tak boleh. Buat bahasa isyarat tanya bila nak keluarkan tiub tu... nurse kata tunggu doktor order. Tapi sebelum tyu mama dah dengar boleh uang tiub akalu mama sedar sepenuhnya.... dia kata nanti cari doktor ... lama mam tunggu..tak buang pun lagi... rasa nak batu  tapi tak boleh sakit yang teramat sangat... tanya lagi..minta kertas dan pen nak tulis gak.. minta cabut tiub.... nak jumpa en hubby... nurse kata nanti dia cari doktor lagi... nanti dia call en hubby..

Mama rasa macam ada sesuatu dalam dada kiri mama ni... bunyi macam air dalam gelas yang di tiub dengan straw..alahai ape benda ni.. mama rasa dengan tangan kanan semacam aje .. apa tu ya..

Tanya nurse dengan bahasa isyarat apa bunyi tu.... tulis kat kertas tu.. pada masa tu pakar yang bedah mama  datang lawat mama kat ICU. Dia explain ada chest tube dan suction presurre.... ooo baru mama tau  dah laluinya aje tau macam mana rasanya...

At last 4.45 pm tiub dikeluarkan. Sebelum tu nurse buat suction ..masayallah subhanallah sakitnya hanya yang dah alaminya aje yang tau...

Lepas tu barulah terasa lega... taklah sesakit semasa tiub dalam tekak. Sakit tempat bedah pun mama tak rasa masa tu... nanti sambung lagi ya..


u