PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 14 February 2013

MRSM KUALA KUBU BARU



Assalamualaikum. Baru je selesai cuti sempena Tahun Baru Cina. Mama sekeluarga tak kemana-mana pun. Tapi masa yang ada tu agak sibuk membuat persiapan anak teruna mama yang akan melapor diri ke MRSM KKB. Selesai sudah urusan mama semalam. Anakanda mama telah pun melapor diri. Terdapat seramai 144 pelajar tahun satu pada tahun ini dengan 82 orang lelaki dan selebihnya perempuan.

Satu-satunya anak mama yang dapat sekolah berasrama. Semoga anak mama dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru dan dapat menumpukan perhatian dan fokus kepada pejaran dan menjadi insan yang cermerlang di dunia dan akhirat. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak mama.

Sunyi rumah bila seorang anak dah tak ada di rumah. Pagi tadi sebak rasanya bila bangun tidur sehingga menitis air mata ini. Namun demi untuk masa depan yang cemerlang dengan berat hati mama hantar anak mama ke MRSM. Syukurlah mama masih boleh melawat setiap minggu. Kalau ditempatkan di Sabah ke, Perlis atau Langkawi...aduhai.... 

MRSM KKB membenarkan anak-anak membawa telefon.  Syukur sangat-sangat. Tapi syaratnya hanya telefon yang basik je.... boleh call dan sms. Lega mama boleh dapat berhubung dengan anak mama hari-hari. Lepas ni tunggu along pulak nak hantar ke mana selepas keputusan SPM tak lama lagi ni... bertambah sunyi lagi lah rumah kan.... harap-harap along dapat yang dekat je.... UPM/UKM/ UITM ke.....tinggal angah je tahun ni ambil SPM.... tahun depan tinggal berdua je lah nampaknya.....