PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday 2 January 2013

FIRST DAY 2013

                          
Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013. Hari pertama persekolahan dan juga kerja bagi 2013. Semoga tahun ini akan memberikan kebaikan buat mam sekeluarga. Dipermudahkan segala urusan olehNYA dan diberikan keberkatan dan kesihatan yang baik, hidup penuh kasih sayang dan bahagia di samping en hubby dan puteri-puteri mama dan  putera mama yang handsome tu.

Episode baru pun bermula buat anak-anak mama. Along kena duduk rumah sendirian sampai mama balik kerja. Angah dan adik pula kena bangun lagi awal nak ke sekolah sebab kena ikut mama pergi kerja sekali. Balik sekolah pulak kena duduk kat library samapia mama habis kerja dan tunggu en hubby juga untuk balik sekali dengan satu kereta aje. Kena jimat petrol... tahun yang penting buat anagah SPM.... harap permohonan anak teruna mama ke MRSM akan berjaya. Ini penting untuk masa depan anak mama ni. Tahun depan hanya dia seorang yang bersekolah. Kalau dapat asrama dia takperlu ikut mama untuk ke sekolah dan tunggu sampai mama habis kerja. Mama juga berdoa agar along akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012 dan dapat melanjutkan pelajaran ke  universiti. Lagi satu jika diizikan Allah mama akan menyahut seruan rukun Islam yang ke 5 pada tahun depan. Semoga dipermudahkan segalanya buat mama sekeluarga.