PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday 12 October 2012

KERETA BARU



        

Assalamualaikum.... dah lama mama nak buat entri tajuk ni.... tapi baru hari ini mama berkesempatan.
nak menaip. Setiap orang punya kereta impian kan.. tapi biarlah berdasarkan kepada kemampuan kita.
Bak kata pepataj ukur baju di badan sendiri.

Ada kawan kat tempat mama kerja dulu sepanjang perkhidmatan dia sebagai kakitangan kerajaan dia dah tukar kereta 25 kali.... banyaknya tuuuu.............. semua kereta baru. masa tu dia belum pencen lagi . Mama ingat semua jenis kereta nasional dia beli... sekejap aje lepas tu tukar yang lain kalau ada yang baru... tak kira lah proton ke , produa ke... jadi sampai ke sudah tak pernah bebas dari hutang kereta.  Masa nak dia nak beli Gen 2  tu dulu, mama ada kata kat dia tak payah le beli gen 2.. beli aje waja....               tapi dia beli gak gen 2 tu... 6 bulan lepas tu dia tukar waja.... aduhai.... kena tambah hutang lagi.....cam mana tu eek?

Lagi satu perkara yanag mama lihat sekarang ni semua orang mampu beli kereta walaupun baru masuk kerja... habis 60 % gaji bayar kereta aje.... tak masuk lagi minyak, maintanance dan juga road tax insurance. Beli tak dapat bonus mengeluh.... dia orang ni pulak selera tinggi beli kereta pesona,  vios, honda, dan yang canggih mangih lagi walaupun kerja takat gaji diploma je.... hutang 9 tahun.... sebulan 700- 900 ...

Belum pun habis bayar hutang tu nanti dah nak tukar kereta baru selepas 5 tahun... ambik baru.. tambah hutang lagi... ermmmm

Mama selalu perhati semasa nak isi minyak kat petronas... pakai kereta baru mak ooi...                                 tapi isi minyak RM 5.00 je... macam isi minyak motor aje? tak percaya cubalah telek masa beratur nak bayar duit isi minyak , perhati kereta ape dia pakai. Hujung minggu lepas mama isi minyak kat petronas sebelum taman Ixora  ada satu mamat ni pakai kereta Honda Accord baru ... isi minyak RM 15 aje.... peliklah kan. Kenapa nak isi sikit aje.. berapa liter aje tu.... mama pakai kereta buruk je.. tapi kalau isi minyak paling tidak RM 30..... biasanya lebih.... kalau isi sikit buang masa aje, buang minyak juga sebab kena gi stesen minyak semula ... walaupun dekat tak sampai 2 km... tapi kena guna minyak gak kan nak bawak kereta ke sana...  pakai kereta hebat.... tapi minyak isi ciput je.... alahai....

Mama pulak kalau hutang kereta biasanya tak lebih 4 tahun loan bank. Down payment agak besar juga 40-45 peratus... tapi kereta yang mama beli tu pun tak lebih RM 70 k dulu... la ni dah 9 tahun dah pun... bebas hutang kereta dah lebih 4 tahun... merdeka gitu.... boleh lah duit tu mama buat benda lain... shopping ke ... acah aje tu... biasanya masa nilah mama menyimpan duit sikit untuk keperluan masa hadapan....

Kalau nak kereta baru lagi pun mama fikir banyak kali dulu... campur tolak darab bahagi kira itu dan ini... minyak kereta sebab duduk jauh dengan ofis... ni pun mama nak kongsi kere dengan en hubby.... supaya boleh jimat sikit minyak kan.... bila mama pindah rumah sendiri lepas SPM ni nanti. Anak-anak kena tukar sekolah dan naik bas pulak.... sekarang ni dia orang jalan kaki je... so perbelanjaan untuk sekolah dah bertambah... Along insyallah akan melanjutkan pelajaran selepas SPM... so memang kena banyak pakai duit kan... jadi mama perlu buat perkiraan rapi... mama ni tension kalau duit tak ada kat tangan.... biarlah pakai kereta lama tapi bila anak-anak nak duit untuk keperluan sekolah bila-bila aje boleh bagi, nak makan kat luar boleh, cuti sekolah makan angin sekali setahun biasanya boleh...



PEMBELIAN SECARA ONLINE

                                            


Assalamualaikum....bersua kembali di pagi Juamat yang mulia ini. Mama nak cerita pasal pembelian secara online. Sebelum ni mama tak pernah pun beli barang secara online. Biasanya pergi kedai ke, supermarket, butik atau apa saja lah yang sewaktu dengannya.... ada duit , beli, dan angkut balik.

Ada macam-macam perniagaan online sekarangkan. Google je nak beli apa semuanya ada. Cuma kena pastikan betul ke web tu... atau tipu punya... sebab banyak yang kita dah dengar berita dah bank in duit... tapi dapat lesung batu pun ada...

Mama ni  pun terpaksa beli secara on line produk ni.. bukan apa mama dah pakai sebelum ni beli secara tunai la... tapi semenjak dah  tak boleh buat jualan di komplek kerajaan ni... mama tak tau nak cari kat mana pulak... tu lah google untuk cari produk ni... sebab ianya tak lah mahal sangat mama cubalah pembelian online ni... rasanya insyallah mama akan dapat  barang ni pada Jumaat depan... tunggu ya akan mama konngsikan nanti...

By the way, today is my second daughter birthday... Happy Birthday Angah.... moga jadi anak yang solehah... berjaya di dunia dan akhirat.

Malam semalam pulak di adakan majlis solat hajat di sekolah Along bagi menghadapi SPM. Mama dan en hubby pergi sama dan selepas tu ambik slip percubaan SPM. Mama sentiasa doakan agar along berjaya... masih punya masa untuk along terus berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang... ayuh along study hard and smart....

My handsome boy... merdeka sakan dia...main..... makan... tidur... main... main... aduhai.....anakku