PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 30 August 2012

MASA YANG BERLALU


Assalamualaikumwarahmatulahhiwabarokatuh.. salam sejahtera semoga kita diberkati olehNYA di pagi hari ini..... Sedar tak sedar kita dah nak hampir tamat bulan Ogoskan.... esok 31 Ogos kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini buat kali ke 55....

Syukurlah kita dilahirkan selepas merdeka. Kita tidak pernah merasa bagaimana hidup di zaman penjajahan. Cerita emak dah abah mama semasa hayatnya dulu alangkah susahnya hidup di zaman itu. 3 daripada adik beradik emak mama meninggal dunia masa kecil... kerana kesusahan hidup masa itu, serangan komunis dan tentera Jepun pada masa itu.... dan semuanya tidak pernah ke sekolah kerana kemisikinan.... Namun kehidupan hari ini telah banyak berubah.... negara dah bertambah maju, pembangunan yang pesat membangun, sistem pengganggkutan yang canggih ada ERL, komuter, keretapi laju.... dan semua orang boleh terbang...... dulu bukan main susah nak naik kapal terbangkan.... sekaerang ni nak ra,ai dah yamg bawa keluarga melancung ke luar negara... ekonomi yang kukuh, pendidikan yang tinggi dan berabgai-bagai lagi nimat kehidupan di dunia ini... syukur ya Allah.

Bulan  Syawal pun dah nak  masuk 2 minggu.... sana sini ada jamuan raya kan... tapi ramai juga yang menyambung puasa sempena bulan syawal ini yang mana belum tentu kita bertemunya di masa akan datang....


MERDEKA!  MERDEKA! MERDEKA! Mama suka lagu Sudirman... Tanggal 31 Ogos tak jemu mendengarnyakan.... betul tak