PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday 6 August 2012

KUIH RAYA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh....

Selamat berpuasa hari yang ke 17.... malam tadi Nuzul AlQuran... firt time solat terawih kat masjid putra. Rindu dah lamatak ke sana. Selalunya solat terawih kat surau di blok sebelah aje... Lepas ni nak gi ke masjid Mizan lah pulak... taahun ni merupakan tahun terakhir solat terawih kat putrajaya. Hujung tahun ni mama sekeluarga akan berpindah ke rumah sendiri di BBST. Tahun terakhir nak solat aidilfitri di masjid Putra...

Ermmm mama dah buat kuih raya semalam . Bukan apa kalau tak buat lagi takut tak sempat pulak. Hari bekerja memang tak sempat nak buat pun. Hujung minggu je bolehnya. Kena pulak kalau nak buat tu di rumah BBST. Sebab dapur dan oven tu dah pindah kat sana. Yang ada kat kuarters ni oven kecik... tak sanggup nak buat bakar kuih... 1 adunan buat dari pagi boleh sam[ai pulul 2 petang... mana boleh tahan cam tu... Hari Sabtu lepas mama dapat buat 4 jenis kuih...pukul 1 dah siap semuanya.... anak dara mama yang ke 2 tolong. Yang lain gi sekolah... My hubby pulak menebas rumput kat belakang tu...biskut coklat chip, samperit, German cookie dan juga coklat badam rice....semalam buat coklat pokok, biskut badam lagi but lain jenis pulak, dan sekali lagi buat coklat chip... sebab coklat chip masa hari satu tu ter gesenggg...aka haguslah .... aduhai.... semalam buat sekejap aje... 2 jam setengah siap... balik siap singgah kedai kasut lagi menyopping.. he..he..





Ni bukan kuih raya tapi juadah hari pertama berbuka puasa. Selalunya roti jala ni guan acuan klasik, kali ni cari acuan macam anyam tikar ni...warna pink lagi tu.... Kak Ngah yang buat ni... mama gulungkan... kalau beli 5 RM 2.00... makan tak puas...



Ni pulak hadiah pegunjung bertuah... kali pertama mama dapat masa minggu lepas, sempena kedai rakyat 1 malaysia di Presint 2... Pengujung ke 9000.... alhamdullilah... mangkuk kaca bernilai RM 30.00


Kek coklat kukus yang di buat pada hari Khamis lepas.... dah lama tak buat kek .... ada lagi belum habis

Murtabak ni tak jemu-jemu. Kegemaran puteri sulong mama.... Bulan puasa ke hari biasa hari-hari mau


Nilah biskut yang mama dah buat  hujung minggu semalam..... semangat nak raya lah kan


Sebahagian dari biskut tu dah di makan anak-anak... tak tau lah yang ni boleh tahan sampai raya ke tak... kalau dah habis raya ni beli yang segera je.... kekkacang dan kerepek lah kotnya...