PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday 25 June 2012

LEGA

Assalamualaikum.... bersua kembali.... em Lega mama minggu ni...ialah dah hampir senulan lebih mama kelam kabut... bagai-bagai peristiwa yang berlaku. Sedih dan gembira semua ada... Kesibukan mama bermuala daripada 1 Mei 2012... seperti dalam entri terdahulu  bermula episode duka dalam keluarga uncle mama,. Sepupu mama yang baru je berumur 31 tahun di diagnosa mengalalami cancer pancreas... bermula  tarikh tersebut mama agak sibuk menguruskan beliau dari kemasuukan ke wad di Hospital Serdang, di rujuk kehospital Selayang dan setelah 19 hari berjuang, dia kembali kepada Penciptanya. Mama sekeluarga berulang alih ke hospital... lepas tu uruskan jenazah sehingga ke Pasir Gudang JB. Lepas tu balik semual ke tempat kerja.... kemuadian cousin seorang lagi pun sakit di IJN... kerja di ofis berlambak... semua kena siap sebelum mama ke Sarawak untuk conference awal Jun. Balik dari Sarawak, cuti balik kampung, kenduri kahwin anak buah en hubby... 10 Jun... 11 Jun buka sekolah... mama ada bengkel seminggu... huhu  penatnya.. lepas tu minggu 18- 22  Jun  meeting hari- hari tau... masanya en hubby out station aduh penatnya... one man show... mask, gi pasar, hantar anak sekolah, malam hantar tuisyen... erm longgar sendi -sendi... oops 12 Jun sepupu mama yang masuk IJN tu pulak meninggal dunia... Alfhatihah... Hujung minggu pulak 17 dan 18 Jun, keluarga kakak dan abang mama pulak datang, Mereka tak sempat nak ziarah sepupu masa tu... jadi datang hujung minggu.... lepas tu hantar kakak ke Subang.... memang letih... 

Semalam dan Sabtu... mama baru ada peluang berehat..... bukan lah tak buat apa-apa, tapi en hubby dah balik adalah orang tolong buat kerja kan... tak payah hantar anak sekolah dan tuisyen.... baru dapat kemas rumah..... kerja kat ofis juga tak lah tension sangat... dah berjalan seperti sedia kala buat ada lagi yang tak siap ni....   sekian..




KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum.... seperti yang dijanjikan sebelum ni mama nak cerita pasal kenduri kahwin.  Ahad yang 10 JUn 2012 merupakan majlis kenduri kahwin di rumah abang sulung en hubby mama bagi anak lelaki juga anak yang bongsu beliau. Memang seronok lah jumpa saudara mara ni, sepupu sepapat pun ada yang tak kenal sebab jarang-jarang jumpa. Anak-anak lagilah tak kenal semua nenek dan datuk saudara juga. Tapi adik beradik enhubby semuanya anak-anak kenal lah.... satu emak dan ayah tu tak ramai cuma 5 orang je... anak dia orang pun tak ramai jugak... tu yang kenal semua. Bagi yang satu emak lain ayah, satu ayah lain emak.... ermmm ramai tau... campur semua adalah dekat 20 orang. Semuanya dah ada anak menantu dan cucu cucu sebab dia orang ni lebih tua daripada adik beradik satu emak dan satu ayah kan.... ada faham ke???  ala buat-buat faham lakan...Emak mertua mama masa kahwin dengan ayah mertua masing-masing dah ada anak. Ayah ada lebih 5 anak kotnya.....emak hanya ada satu je..Anak ayah mertua terdahulu kami tak kenal sangat dan tak rapatlah.... but anak emak yang seorang tu memang rapat lah. Yang ni lah anak-anak mama panggil Pak Long...Lagi satu Pak long ialah abang sulung kepada en hubby mama iaitu yang seibu sebapa ni...


Memandangkan emak mertua dan ayah mertua mama ni dah tak ada sejak sekian lama sebelum kami kahwin... kiranya mama ni kahwin dengan anak yatim piatu lah... kasihan en hubby mama kan... so abang yang seorang tu lah yang ambik alih tugas sebagai ibu dan bapa mertua. Dialah yang kahwinkan adik-adiknya seramai 4 orang tu. Masa mama kahwin pun dia orang ni baru aje umur 30an gitu, anak-anak pun masih kecik lagi yang bongsu masa tu masih tadika lagi. Anak bonsgu ni sekarang baru aje 23 tahun tapi dah jadi suami orang.... muda lagikan.... dah jodoh mereka...moga jodoh akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan bahagia hendaknya... 

Cerita pasal kenduri kahwin kat JOhor ni ada keistemewaannya yang tak da kat tempat lain antaranya ialah:

1. Ada telur pindang..... ala telur yang telah direbus dan warna telur putihnya jadi coklat dan rasa rempah ... boleh didapati kat kedai makan gak atau kat pertonas kat putrajaya ada jual tapi harganya RM1.50 sebiji kalau tak silap.
               
                   cam ni lah rupanya dari en google


2. Berkat pulak diberikan sebungkus nasi kepada setiap tetamu.... berserta godie iringan lain, seperti bunga telur dari telur pindang tadi, kiuh kering/ muffin, dan juga lain-lain dari tuan rumah...

3. Duit 'lawe' ( sebut guna e taling atau e pipit erm yang mana satu eek.... macam sebutan 'emak' bukan sebutan 'ekor' tau...Duit 'lawe' di akan diberikan kaum kerabat yang jaga pintu masuk , kat pelamin dan juga masa nak masuk bilik dirumah pengantin perempuan oleh pihak lelaki... jumlahnya terpulang kepada pihak lelaki... bisanya untuk kanak-kanak RM 1- RM 2, but untuk nenekatau mak saudara sebelah perempuan kenalah up sikit kan... then untuk mak andam sebagai tebus tempat duduk kat sebelah pengantin perempuan di atas pelamin tu... nilainya erm besar gak tau... sebelah tangan atau dua belah tangan tau. Kalau penuh yang tunggu kat pintu masuk tu dan kat pelamin... banyak juga yang pinak lelaki kena sediakan.... tapi ini hanya adat je... suka-suka..Ada juga orang sebut kena bayar TOL.....ha..ha..

4. Persembahan silat.... persemabhan silat dilakukan di depan pasangan pengantin di halaman rumah bisanya...

5. Peesemabhan joget lambak..biasanya diadakan pada malam hari selepas majlis kenduri kahwin... 

6. Persembahan kuda kepang... dulu biasanya iaya diadakan pada sebelah malam  juag... sekarang dah jarang ada orang buat..


7.Majlis lain yang biasanya diadakan semasa kenduri kahwin ni ialah majlis khatam Al Quran, Malis Berzanji, biasanya oleh pengantin perempuan... sebelum atau selepas majlis akad nikah... 

Okay lah inilah beberapa keistemewaan  majlis di Johor......