PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday 2 May 2012

CINTA YANG BERGUGURAN


Assalamualaikum....enti kali ni tentang cinta mama yang telah berguguran di blog ini.... amacam  cantik tak? Kalau nak buat cam ni.... sila klik kat siiiiiinnnnniiiiii pilih cinta yang lain la... .....





       

HOSPITAL PUTRAJAYA

Assalamualaikum.... ni cerita hampir 3 minggu lepas... erm pasal putera bongsu mama yang jatuh kat sekolah dan bengkak pada tangan kanannya.... 

ikutilah cerita seterusnya ya dengan sabar......


Ni nak cerita hal petang jumaat 13 April yamg lepas la.... Setiap petang jumaat ofis mama arra ni sibuk gotong royong bagi projek 5 S.... macam-macam pulak yang kena buat.... pada personel opinion mama kan benda ni mengarut je... sama cam ISO... dan lain-lain yang sewaktu dengannya.... buang masa buang duit..... tapi ape nak buat kita bukan bos... kar goverment ni  tag line kan saya yang menurut perintah..... selain dari tag line Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan.... nak tak nak kena ikutlah walaupun hati tak berkenan.... tinnggal dulu 5 S ni...
Balik kerje terus gi pasar beli lauk pauk dan sedikit makanan  untuk anak2.... sampai rumah dah dekat pukul 6 petang. Terus tengok hal anak bongsu mama arra ... tadi sebelum balik dia call bagi tau kaki bengkak sangat... tak boleh nak gi tekwandoo.. rupanya mama arra  salah dengar... tangan yg bengkak bukan lutut.... jatuh kat sekolah  masa main bola .... bila tenggok ermm memang bengkak sungguh tangan kanan tu kat bahagian panggal ibu jari.... tak boleh nak gerak lansung... macam ??? patah atau retak tulang je... tapi nak sahkan kena lah buat x-ray kan... mama pun suruh dia sembanyang, asar, mandi  makan dulu baru gi Hospital Putrajya... dah agak mesti kena tunggu lama....
Sampai HPJ puluk 6.50 pm.... terus ke kaunter triage... satu sister tu kan.. aduhai  mulutnya,,, boleh tahan gak... mama letak salinan surat beranak ada 3 orang sebelum mama..... 15 minit menunggu baru di panggil untuk screening by SN.... pas tu tunggu untuk jumpa dr... punyalah lama...... pukul 8.30 baru panggil tau.... lepas tu kena buat x- ray.... tanya berapa lama lepas x-ray nak review .. lebih kurang sebelum pukul 10.... aduh lamanya....
Sebelum tu bila azan maghrib, nak gi solat dululah ... sure lambat lagi punya....so tanya jururawat kat triage mane surau.... mama arra tau ada surau kat specialist klinik.. but pintu nya tutup nak masuk area tu... dia kata kat tingkat satu ada surau... so mama pun berjalanlah menuju  ke tempat tu... lepas tu sajelah sebab ada jaga sebeum masuk ke tangga @ lif area tu... mama pun tanya lah nak sembahyang kat mane... dia kata tak da tempat... mama kata tadi SN kata boleh sembahyang kat tingakat 1... dia kata tak boleh naik dah habis waktu melawat. Mama kata bukan nak melawatlah...nak solat /sembahyang.... Dia tetap berkeras kata tak boleh... jadi mama balas kenapa tak boleh  pulak... dia kata nanti  ada yang gi melawat ke wad .. dia pulak yang kena marah... mama pun dah nak angin.... terus jawab... hantar lah saya ke  surau tu ..teman / tunggu mama kat situ.... lepas tu dia pun tanya pulak kat rakan dia pegawal lelaki... cam mane ni.. nak sembahyang... ??? terus jaga tu kata  tak pe meh sini... dia ajak ke laluan pintu kecil ke klinik pakar untuk sembahayang kat surau yang biasa mama guna masa gi klinik pakar tu... jaga perempuan tu masih lagi berleter... katanya dia bekerja ikut arahan dan peraturan... mama kata kita bukan nak melawat tapi nak sembanyang... pas tu kata mama pun kerja kat KKM gak... dia tetap nak lawan gak.. kawan dia tu kata eh dah lah tu..... kalau tak sure panjang lagi kan....terus solat....
Lepas solat hampir 8.30 baru jumpa dr... room 1.  Masuk kejap je.. sebab nak kena x-ray... hu..hu.. kena tunggu lagi..... kat x ray tu tak lah lama 10 minit je.... siap. masa tunggu x-ray tu mama sempat isi borang aduan tu... pasal jaga  tu lah tak da budi bahasa betul kan.....
Lepas x ray... tunggu sampai 9.45 tak gak di panggil review... tension .. tension ... apalagi jenguklah bilik 1 tanya x-ray report ready tak... mo tu jawab lom lagi... entah ya ke tak .... 15 minit gitu.. nama di panggil untuk masuk zon semi kritikal.. review x-ray... syukurlah tak ada patah...
Ambik ubat.... tunggu 15 minit lagi..... lepas tu balik... sampai rumah dekat 10.45 aduhai... bayanglah lebih 4 jam kat A&E.... pesakit tak lah ramai pun ..yang ramai keluarga pesakit yang mengiringi.... bayangkan ada seorang makcik DM on wheel chair, amputated right foot.... still infected  ditemani oleh 2 anak perempuan 2 menantu lelaki dan 4 cucu... semua dok dalm waiting area tu... penuh 3 baris kerusi kan.... bawak baby lagi..pada mama tak perlu lah sampai macam tu.. buang masa... sian bebudak tu...
Seorang lagi mamat ni demam rasanya.. datang dengan anak lelaki 5 tahun kot dan wife yang sedang membuyung dalam 28 weeks... kalau mama tak yah ikut kat A&E buat semak je..... pas tu masuk kat triage semua nak masuk sampai MA tu kata patient je masuk yang lain tak perlu... mana tak nampak banyak orang kan... patient hanya 10-15 orang je  2 room available but waiting time mak dato more than 4 hours....
lembabnya..... sedih dengan service @ goverment hospital walaupun mo dah ramai ..... patutlah complain macam2..... bila nak berubahkan....




IJN DAN HOSPITAL SERDANG

Assalamualaikum....

 

1 Mei 2012.... mama ingat nak cuti lah konon-kononya... Sambutan Hari Pekerja kan.... tapi tak dapat la nak cuti... Jawatan yang mama sandang ni tak pernah cuti ada je benda kena bereskan dalam masa 24 jam dan 360 hari setahun..... Jadi semalam kan antara hari yang sibuk  buat mama. Sebenarnya mama dah rancang nak menziarahi sepupu mama yang dimasukan ke IJN sebab masalah jantung.... kakak kepada sepupu mama ni baru je bagi tahu malm Selasa yang adiknya telah 2 minggu berada di IJN... jadi setelah berbincang dengan hubby, kita memutuskan untuk ke IJN  pada cuti umum semalam. Kerja rumah kena beres dulu... bangun, kemas, buat sarapan pagi, cuci baju .... pukul 8 pagi dapat pulak panggilan telefon from my uncle... nada susranya amat menyedihkan sehingga dia menanggis... mama dah mula fikir ada masalah berat ni... rupa-rupanya anak keduanya sakit.... my uncle stays in Pasir Gudang JB.  Masa dia call tu dia berada di Sungai Besar Selangor. Baru je sampai sebelum subuh tadi. Dia katanya anaknya sakit teruk, perut besar, tak booleh makan, tidur dan sesak nafas... jadi mama bincang dengan hubby macamana nak pergi ke Sungai Besar ke? Dia kata ya.... kita pergi tengok dulu keadaanya... jadi mama pun cepat-cepat masak untuk anak-anak... sambil tunggu adik ipar di Semenyih datang. Kita pergi bersama. Alangkah terkejutnya mama bila sampai ke rumah mertua sepupu mama ni.... keadaan fizikalnya memang berubah tersangat-sangat. Berat badan menyusut, perut membengkak, pucat dan nampak sesak nafas....mama tanya apa doktor kata. Dia daj jumpa dr kat klinik pakar bedah Hospital Serdang, katanya ada gastrik dan dia diberi tarikh temujanji untuk buat scope OGDS      (Oesophagus Gastro Deudenoscopy) pada 7 Mei akan datang. Esok katanya nak call bos dia sambung cuti rehat lagi sampai tarikh scope tu... aduh mama kata mana boleh tunggu cam ni.. kalau mama lah mesti nak kena admit wad. Dia hanya diberi sehari je MC pada 24 April lepas... kasihan dia.. lepas bincng panjang lebar dengan pakcik, dan juga isteri serta keluarga mertua akhirnya mereka sepakat setuju nak hantar ke Hospital Serdang. Maka mama pula nak bertolak dulu ke IJN sementara mereka berkemas nak ke Puchong dulu rumah sepupu mama ni dan ambik apa patut baru ke Serdang.
Mama pulak singgah IJN, lawat sepupu mama satu lagi.. yang ni perempuan ada kencing manis, masalah jantung, dan masalah buah pinggang... sedih mama tengok dia...satu badan bengkak. Hari ni dia kena haemodilisis. Harapan mama agar segala urusannya dipermudahkan.
 Lepas aje sembahyang maghrib, mama dan hubby ke Hospital Serdang. Alhamdullilah urusan kali ni dipermudahkan. Setelah diperiksa, ujian darah dilakukan dan x ray sepupu mama ni dimasukan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Jam 11.30 malam dia ditempatkan di wad 7C. Dr akan masukkan darah  malam tu jugak.... mama lega sikit sebab urusan selesai dan mama pun balik ke rumah.  Apa yang mama nak bagi tau ialah kalau kita sakit dan jumpa dr, lepas tu tak masuk wad, dan kita memang betul-betul tak berdaya samapi habis cuti rehat sendiri...kita kenalah pergi semula ke hospital tu... maklumlah masalah kita agar pemeriksaan boleh dibuat sekali lagi... macam sepupu mama masa kali pertama pergi dr kata gastrik tak serius, tapi mama kata orang gastrik tak lah macam keadaan dia ni... meh kita gi check sekali lagi.. bair mama tolong bawak ke A&E dan discuss dengan dr. Rupa-rupanya dia ada masalah serius... mama pun sedih jika ianya disahkan... sekarang ni dr plan nak buat scan, KIV bone marrow dan buat LP (Lumbar Puncture)  iaitu orang biasa kata ambik air tulang belakang... serius kan... tu  doakan yang terbaik buat sepupu mama ni yang baru berumur 32 tahun dan punya 2 anak kecil (5 dan 2 tahun).