PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 18 May 2016

RAMBUT GUGUR, KELEMUMUR, BERCABANG, KERING DAN SERING GATAL KEPALA


Assalamualaikum, kali ni mama nak cerita masalah yang sering dihidapi oleh kaum wanita terutamanya. Lebih-lebih lagi mereka yang seusia mama... banyak rambut yang gugur. Inilah masalah utama mama. Rambut gugur sana sini dalam rumah terutamadi bilik mandi bila mencuci rambut, bila waktu sikat rambut atau waktu berbaring. Banyak rambut sana sini kat dalam rumah...

Jadi satu hari balik kolej anak mama memperkenalkan satu serum ni kat mama. untuk dicuba bagi mengatasi masalah keguguran rambut. Setelah mencubanya untuk 2 minggu nampaknya ada keserasian produk ini dengan mama. Syukur alhamdullilah.

Untuk itu  mama ingin berkongsi dengan semua yang ada masalah macam mama. Inilah produk yang mama gunakan :


MYFA SERUM
        Boleh membantu :
   Mengurangkan rambut gugur
        Merawat rambut rosak kering dan bercabang
   Mengurangkan kelemumur
         Menghilangkan gatal kulit kepala
   Menghindarkan kutu         
         Melebat & melembutkan rambut


HARGA MAMPU MILIK!!!
        
Kelebihan yang lain:

·        Mudah digunakan

·        Bau harum

·        Tidak berminyak

·        Boleh dibawa solat

·        Lelaki / Perempuan /Kanak-kanak boleh menngunakannya

·        Sebotol boleh guna untuk sebulan

     Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan serum ini boleh menghubungi FARA dengan  SMS atau Whatsapp sahaja... 0179615842




Wednesday, 11 May 2016

PERTEMUAN PERTAMA

Assalamualaikum. Diam tak diam dah dekat 2 tahun mama menunaikan Rukun Islam yang ke 5. Terlalu banyak kenangan indah yang sentiasa segar dalam ingatan dan kerinduan untuk menatap Kaabah denagan mata sendiri. Kerinduan untuk berada di Masjid Nabawi, Raudah dan juga rindu terhadap teman sebilik di sana. Ialah kan lama kita bersama dalam satu bilik. Syukur yang mat sangat sebab semua teman bilik mama di sana amat bertolak ansur dan baik-baik belaka.

Walaupun kami jarang berhubung antara satu sama lain tapi ingatan kepada mereka tetap  berada di sanubari mama. Sabtu 23 April 2016 mama dan en hubby berkesempatan untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulung salah seorang rakan sebilik mama. Alhamdullilah dapat kami bertemu buat kali pertama setelah kembalinya ke tanah air. Walaupun keadaan masa tidak membenarkan kami bercerita panjang namun sekurang-kurang dapat berjumpa, bersalaman dan berpelukan melepaskan rindu masing-masing. Mana taknya 45 hari duduk sebilik, sebelah katil kan... 

Semasa di sana juga mama jumpa 2 orang lagi sahabat mama yang sebilik. Namun begitu kami tak sempat berbual, namun tetap bersyukur kerana diberikan kesempatan bertemu. Banyak tempat yang nak dituju untuk menyempurnakan undagan, jadi masing-masing bergegas untuk ke destinasi seterusnya.

Selepas itu pada 7 Mei yang lepas kami ke rumaha Hajjah Rahayu pula yang menguruskan perkahwinan anaknya pula. Alhamdullilah di tempat Hjh Ayu, kami  dapat berjumpa seorang lagi sahabat yang sebilik juga waktu di sana iaitu Hajah Sarimah dan Suaminya Hj Omar. Seronoknya di izinkan bertemu walaupun hanya seketika. Selesai majlis  Hjh Ayu, Hj Omar, Hj Saifudin dan isteri masing2 Hjh Dr Saodah dah Hjh Sarimah sudi singgah ke teratak mama. Kami sambung lagi berborak... 2 orang lagi sahabat masih tidak dapat bertemu kerana mereka tiba lebih lambat lagi semasa majlis kahwin anak Hjh Ayu.

Tema Hjh Saodah purple batik, tema rumah Hjh Rahayu juga purple...


Sahabat yang sudi berkunjung k erumah selepas majlis bersama keluarga masing-masing



Thursday, 7 April 2016

HOLIDAY KE TERENGGANU

Dah lama betul mama sekeluarga tidak jalan makan angin bersama keluarga. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja sebab nak hantar anak mama masuk mtrikulasi di Changlun Kedah 2014. Sempat la menyinggah ke Perlis dan Pulau Pinang. Tapi tak cukup korum la sebab angah dah kena tinggal kat asrama.... jadi tak best.

Semenjak anak mama masuk asrama masa 2013, along pulak belajar di Pantai Timur, memang susah nak jalan cukup korum. Tahun 2013 tu mama memang tidak sihat, jadi setahun tak berjalan. Apa taknya MC pun 4 bulan kan....2014 pula sibuk nak pergi Haji, ikut kelas TH dan balik haji pulak en huby tidak sihat  3 minggu di Hospital Serdang... 2015 macam-macam alkisah juga.. PT3 anak teruna so tak sempat jalan. September 2015 Angah masuk UPM. Lagila tak sempat nak cuti sama hujung tahun lepas. Sikececik cuti sekolah, angah dah masuk semester 2... aduhai memang sukar nak cuti cukup korum. Ada tak danya cuti yang cukup korum ialah tahun baru cina, raya haji raya puasa... krismas... tapi tu pun susah sebab ada yang cuti pendek je...kecuali yang sekolah kan. So mengambil kesempatan cuti tahun baru cina baru-baru ni mama sekeluarga berjalan ke Terengganu memandangkan anak-anak belum pernah ke sana kecuali along yang pernah pergi Tasik Kenyir ikut aktiviti sekolah menegah beberapa tahun dulu.

 Mama booking hotel pun last minit. Kebanyakan hotel penuh. Nasib baik dapat duduk hotel ni, walaupun harganya agak mahal bagi mama iaitu semalam RM 380.00. Duduk 2 malam sahaja.

Memulakan perjalanan seawal 4.30 pagi dari rumah. Hajat nak bertolak lebih awal tapi lewat bangun la pulaknya. Samapi 2 km susur keluar Gombak dari MRR@, jalan jem yang amat teruk . Sudahnya lepas azan subuh baru lepas Tol Gombak. Ingatkan dan boleh sampai Kuantan dalam pukul 7 cam tu... hu hu...hu
Alhamdullilah lepas tu jalan ok. Samapi KT pukul 12 tengahari. Hujan dan mendung dalam perjalanan tapi tak lebat.  Check in hotel. Lepas tu keluar balik pergi makan tengahari. Hanya jalaan kaki sahaja. Hotel tu tengah bandar dekat aje nak ke pasar payang, pantai, dan cina town. Lepas makan gerak ke Pasar Payang.
Ronda-ronda lepas tu balik hotel. Rasanya barang-barang agak mahal juga. Anak-anak je yang beli baju T. Beli jugalah sikit buah tangan. Lepas tu balik bilik. Malam keluar lagi jalan  keliling bandar. Makan KFC la pulaknya malam tu..Penat pulak kan dari jam 3 pagi tak rehat. Balik awal tidur....
Esonya pergi sarapan nasi dagang dekat kedai makan yang tak jauh dari hotel. Lepas tu bertolak untuk ke Muzium,  Tamdadun Islam dan Masjid Kristal. Balik sinngah makan keropok losong yang popular tu. Lepas tu ronda bandar la pulak. pergi Pantai batu buruk, sinnggah cina town. Rupanya hari Ahad tu bandar KT jem teruk... dekat maghrib balik bilik. Solat lepas tu keluar makan malam dan pergi jalan kat pantai dan cina town lagi. Ank-anak nak gi posing .
Penat ronda balik jam 11 malam.
Esok pagi lepas sarapan bertolak balik. Ikut jalan pantai singgah masjid terapung, pantai kelulut , dungun dan kemamam makan sata dan otak-otak.... lepas tu patah balik masuk lebuhraya LPT 2 terus balik. Alhamdullilah selamat sampai rumah. Anak-anak tidur dalam perjalanan balik kepenatan.

Jom layan gambar pulak;


jem teruk tu jam belum 5 pagi di 2 km susur keluar tol Gombak





Thursday, 18 February 2016

MRSM TAIPING ;berkampung di sini 2 tahun


Assalamulaaikum buat semua yang menziarahi di sini. Semoga kita terus diberikan kesihtan yang baik dan diberkati kehidupan dunia dan akhirat.

Alhamdullilah  Isnin lepas 15 Februari 2016, anak teruna mama telah memulakan pelajaran di sekolah yang baru di MRSM Taiping. Tahniah buat anak mama dan rakan-rakannya seramai 35 orang yang berjaya menempatkan diri di MRSM dalam tingkatan 4. Semoga anak mama dan rakan-rakan yang lain akan berusaha bersungguh -sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang di sini dalam SPM 2017.

Memandangkan mama tak pernah ke Taiping sebelum ini, maka kami bertoalk awal sehari iaitu hari Anad petang dan bermalam di Hotel Legand In  di bandar Taiping. Kami duduk bilik standard aje.. alhamdullilah bilik amat luas dan memuaskan berbaloi dengan harga murah yang dikenakan. Hotel pula sebelah masjid, jadi en hubby dapat solat berjemaah untuk subuh. selepas check in hotel, kami keluar untuk ke MRSM pula, supaya pagi esok mudah untuk kami teru kesana. Alhamdullilah mudah aje dan tak jauh hanya 3.5 kam aje dari hotel. Lepas tu kami makan malam dan seterusnya ke Taiping Mall untuk beli blous yang angah nak sebab angah ada event di UPM untuk jadi MC dengan tema blous putih. Mudah nak beli sebab ukuran badan sama dengan anak teruna mama ni. Pilih baju, ambil gambar dan hantar whatsapp untuk confirm. Mudah bukan zamain sekarang ni dengan teknologi masa kini. Alhamdullilah settle, angah nak pakai baju ni 18 Fenruari. So balik Taiping terus hantar nanti.

Pagi esoknya, kami check out hotel 7.30 pagi. Dalam perjalanan ke MRSM singgah sarapan di warung sulu, Tersukan perjalana dan sampai 8.15 pagi di pagar sekolah. Banyak sudah kereta parking jadi mama dapat parking berhampiran pinti gerbang sebelum masuk pagar sekolah... kira-kira hampir 100 meter kot...

Proses pendaftaran berjalan lancar. Setelah pendaftaran, kena angkat barang ke asrama. asrama agak jauh gak la di bahagian belakang sekali. Masuk pagar sekolah sebelah kiri ialah surau dan kanan blok pentadbiran. Pendaftaran di buat di blok ini. Selepas itu, kami terus angkut barang ke asrama. Di sini, pelajar ditempatkan dalam dorm, bukan bilik macam di KKB. Anak mama duduk tingkat atas, blok asrama hanya 2 tingkat sahaja. Namun begitu terdapat partition bagi setiap 2 katil . Keadaan asrama sangat bersih tiada sawang mahupun habuk. katil telah ada cadar dan selimut terpasang. Cuma bantal tiada. Alhmdullilah selesai urusan di asrama jam 9.30 pagi. Lepas itu, pergi ke kopesai untuk ambil baju batik dan T Shirt orientasi serta sarung bantal.

Jam 11.15 pagi taklimat ibu bapa oleh pengetua MRSM, seterusnya perjumpaan home room dan pelajar dibenarkan keluar bersama kelurga masing masing sehingga jam 6.00 petang. Mama pun keluar makan tengahari dan seterusnya kembali ke sekolah, solat zohordan asar jamak, hantar anak mama ke asrama dan bertolak balik kira-kira jam 3.30 petang. 

Alhamdullilah mama dan en hubby selamat sampai rumah sebelum maghrib. Esoknya kami bercuti sambung cuti sebab kepenatan...
Jom layan gambar pulak


pagar masuk sekolah
menyemak nama di kaunter semakan

sebahagian teaman seperjuangan dari KKB yang sama mendaftar

Tempat beradu anak mama
Teman baru katil sebelah : Hanafi... orang perak

Berbual dengan atuk dan nenek hanafi
ukur saiz baju dulu sebelum ambil

Taklimat ibu bapa

Perjumpaan dengan home room

Takwim setahun untuk rujukan ibu bapa

Hiasan landskap yang cantik

surau dari depan
bangunan pentadbiran

pandangan depan pentadbiran

landskap jalan masuk ke asrama belakang tu kawasan berbukit yang cantik dan boleh nampak air terjun